Saturday, January 15, 2011

Kem 1 Malaysia

Kem 1 Malaysia merupakan 1 program yang dirangka untuk mengukuhkan jati diri dan persefahaman diantara pelbagai kaum serta etnik sabah dan serawak.Penganjuran program ini merupakan cetusan idea untuk menghimpunkan mahasiswa yang terpilih serta untuk mencari bakat-bakat baru dalam mahasiswa sendiri dalam persediaan untuk memilih kepimpinan baru serta menyemai semangat patriotik dalam kalangan mahasiswa.Berikut ada beberapa snap sepanjang program.


Cenderahati program untuk semua peserta


Tugu selepas mandi selut


Mekap pasangan pengantin

Merentasi jambatan halangan.....fuh, dalam giler kolam ni


Main Gelongsor Selut

Gelongsor Selut Semulajadi

Rentas berhalangan

Jalan elok-elok

Senyum pagi selepas senamrobik

BBQ time


LDK : Tali Misteri

Energizer

Pelarian aka peserta program..haha

Thursday, January 13, 2011

Perbincangan Projek Baktisiwa Bersama YB Nizar

Gambar gambar sepanjang perbincangan bersama YB Nizar serta penduduk Kampung Sepakat Jaya, Titi Gantung,Bota Perak.Perbincangan santai yang berlangsung hampir 1 jam ini membuahkan hasil dengan bantuan dan persetujuan daripada YB Nizar serta penduduk kampung.Perbincangan ini melibatkan 4 wakil daripada Majlis Tertinggi SRN dalam membincangkan projek baktisiswa ini.Turut hadir sama semasa perbincangan ini adalah YB Nasharudin.

wakil-wakil yang terlibat bergambar bersama-sama YB Nizar, YB Nasharudin & wakil JKKK


dari kanan : wakil JKKK, Aslinah, Zulhusni, YB Nizar, YB Nasharudin, En Wahab (JKKK), Rezuan, Hanim

Perbincangan Wakil UPSI bersama Wakil Orang kampung


Perbincangan bersama YB Nizar Zakaria (Ahli Parlimen Parit)


Diskusi mengenai perjalanan program


Mendengar penerangan daripada YB Nizar Zakaria




Perkarangan Surau Kampung Sepakat Jaya

Gamitan Memori Di Kuala Selangor

Merehatkan minda ke Kuala selangor.Antara tempat menarik di Kuala Selangor adalah Taman Alam Kuala Selangor, Bukit Melawati dan Lokasi Kelip-kelip.Taman Alam Kuala Selangor ialah sebuah hutan simpan dengan keluasan 2.4 kilometer persegi yang terletak di kuala Sungai Selangor. Kawasan ini terkenal dengan kepelbagaian burung, unggas dan paya bakau.Bukit Melawati pula merupakan bekas kubu tentera British serta Belanda terletak di sini.Berikut gambar-gambar di Kuala Selangor :

Panorama di atas Bukit Melawati


Firdaus & Muzium Bukit Melawati (belakang)


Meriam di Atas Bukit Melawati


Rumah Api Di Puncak Bukit Melawati


Muzium sejarah Daerah Kuala Selangor


Taman Alam Kuala Selangor



Taman Ikan Air Tawar




Merenung Masa depan..haha

Tuesday, November 16, 2010

Panduan Solat Sunat AidilAdha

Salam AidilAdha. Di kesempatan ini saya mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya korban kepada seluruh umat islam yang dikasihi.Renungilah perkara di sebalik sambutan AidilAdha ini.Semoga kita semua beroleh berkat daripadanya.InsyaAllah. Bersama-sama ini saya sertakan panduan untuk melakukan solat AidilAdha untuk paparan anda semua.

Solat sunat Aidil Adha hukumnya sunat muakkad ( sunat yang dituntut )

Panduan ringkas:

(1) Takbiratul ihram ( Allahu akbar ) - Niat solat:

Lafaz niat. " Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat kerana Allah Taala" ( untuk solat seorang diri ).

" Sahaja aku solat sunat Aidil adha dua rakaat makmum kerana Allah Taala" (jika ikut imam).

" Sahaja aku solat sunat Aidil Adha dua rakaat jadi imam kerana Allah Taala" ( jika jadi imam).

Niat ini hendaklah dilakukan semasa takbiratul ihram iaitu sekadar lintasan di hati lafaz tersebut. Untuk memudahkan niat , sebelum takbitratul ihram kita hendaklah membuat lintasan terlebih dahulu di dalam hati akan lafaz niat itu.

(2) Membaca doa iftitah.

(3) Kemudian takbir 7 kali yang diselangselikan dengan tasbih sebanyak 6 kali.

(4) Membaca fatihah dan surah al. Akla.

(5) Rukuk dan sujud seperti biasa.

(6) Iktidal dan berdiri betul ( rakaat kedua ) takbir 5 kali yang diselangselikan dengan tasbih 4 kali.

(7) Membaca fatihah dan surah al.Ghasyiyah.

(8) Rukuk, sujud dan membaca tahiyat akhir seperti biasa.

(9) Memberi salam.

(10) Disunatkan takbir hari raya sebelum berdoa, ( Contoh takbir seperti di bawah )

(11) Membaca dua Khutbah. ( sekiranya bersolat secara berjamaah )


PERINGATAN

(a) Kalau imam telah berhenti takbir/bertasbih makmum hendaklah berhenti, begitu juga kalau imam terlebih takbir, makmum tidak perlu ikut sebaliknya menunggu.

(b)Takbir Hari Raya Aidil Adha disunatkan mulai malam hari raya (10hb. Zulhijjah ) sehinggalah selepas solat Asar ( 13hb. Zulhijjah ).

(c) Bacaan surah al.Akla dan al.Ghasyiyah boleh diganti dengan surah lain, sekiranya tidak menghafaz ayat tersebut. ( tidak boleh buat semua, jangan tinggal semua )

(d) Orang yang terpaksa bertugas pada hari raya , disyorkan melaksanakan ibadat ini secara bersendirian, jangan biarkan ia berlalu begitu sahaja kerana ibadat ini hanya dapat dilakukan setahun dua kali sahaja. ( Aidil Fitri dan Aidil Adha

Monday, October 11, 2010

Janji Guru : Renungan Buat Rakan Seperjuanganku Yang Bakal Bergelar Pendidik



Hidup seorang guru sungguh bahagia
Terkenang jasa diluput tidak
Tapi pena orang luar
Bila berbicara soal guru
Aku menjawab tenang

Orang kata guru itu payah
Siang pergi malam kerja
Aku kata guru itu mudah
Siang bergaji malam bahagia
Pagi tak pernah rugi
Malam tidurpun selesa

Orang kata guru itu penat
Gaji tak seberapa kerja berlambak
Aku kata guru itu rehat
Mengajar tak seberapa tapi penuh berkat
Kerja sekerat-sekerat pahala penuh sendat
Ilmu yang dicurah tak dapat disekat
Makin dicurah makin mendekat

Orang kata guru itu sungguh bosan
Setiap tahun muka sama setiap bulan
Aku kata guru itu singguh riang
Sekali berkata murid ketawa girang
Bila berjaya murid terus menjulang
Jasa bakti tak pernah hilang

Orang kata guru itu sepi
Dihumban ke dalam hutan seperti tiada penghuni
Lebih-lebih lagi Ulu Banat tak bertepi
Aku kata guru itu "happy"
Jasa bakti dipercayai
Masuk kedalam hutan untuk berbakti
Pada bangsa anak pertiwi
Agak kelak menabur bakti
Setelah keluar dari IPT

Orang kata guru itu susah
Orang berkereta mewah berbatunya rumah
Masih meminta agar dipindah, tak pernah kena
Aku kata guru itu senang
Kereta tak ada tak bayar hutang
Rumah sederhana berhati tenang
Tidur lena pencuri tak datang
Tak dapat pindah bukan penghalang
Menerus hidup seorang pejuang

Orang kata apa boleh dikata
Kalau hati sudah dimahkota
Janji guru janji dikota
Aku berkata itulah guru sungguh bertakhta
Jangan takut bila dikata
Janji kita harus dikota
Luput tidak diingat dikata.

Sunday, October 3, 2010

Konspirasi Durjana Dajal

Salam sejahtera buat semua pengunjung-pengunjung blog wira pendidik.Terima kasih saya ucapkan kerana sudi menyokong blog Wira Pendidik dalam membicarakan tentang ilmu.Kali ini saya ingin berkongsi paparan video yang cukup membuka minda kita untuk berfikir sesuatu tentang apa yang cuba disampaikan dalam video ini.Semoga wadah perkongsian kali ini membawa 1001 pengertian dan faedah kepada semua pengunjung.Selamat menonton tayangan video ini.Renung-renungkan.....


video

Saturday, October 2, 2010

Senarai Penginapan Di Tanjong Malim

Entri ini khas buat Graduan Konvokesyen sidang 2 UPSI 2010.Berikut adalah senarai-senarai tempat-temapat penginapan di sekitar kawasan Tanjong Malim bersama dengan nombor contact untuk memudahkan penginapan anda semasa konvokesyen kali ini.Diharap entri ini dapat menbantu anda untuk memilih tempat penginapan yang sesuai untuk konvokesyen kali ini.Berikut adalah senarai-senarai tempat penginapan di Tanjong Malim :

Tanjung Malim Budget Hotel
No. 1 Jalan Setia 1
Taman Intan Setia
35900 Tanjung Malim
Tel : 05-4594454

Hotel Bunga Raya
No. 77 Taman Indah Setia
35900 Tanjung Malim
Tel : 05-4594388

Hotel Anggerik Desa Sdn. Bhd
No. 4-4A Taman Anggerik
Jalan Besar
35900 Tanjung Malim
Tel : 05-4599118

Hotel Cahaya
No. 5 Jalan Cahaya
Taman Anggerik Desa 2
35900 Tanjung Malim
Tel : 05-4594454/ 4584331

Hotel Sahara Inn
No1 Jalan Bahtera 1B,
Taman Bahtera, Ulu Bernam
35900 Tanjung Malim
Tel : 05 – 4595999

Hotel Twin Star
No 73A-74A Taman Intan Setia
35900 Tanjung Malim
Tel : 05-4598889, 012-2339891/ 012-2118044

Yusraini Homestay
Sazali bin Abdul Rahman ( 016-9275093 )
Aryuhasma binti Agus ( 019-2874410 )
http://yushs.blogspot.com/p/homestay_10.html

Delima Homestay
EN FADZIAN: 016-6948626
Email: fadzian@yahoo.co.uk

Nina Homestay
PUAN IFFAH : 019-2447054
http://ninahomestay.blogspot.com

p/s :hanya maklumat semata-mata dan tiada sebarang unsur keuntungan mahupun promosi dalam entri ini.entri ini hanya untuk membantu memudahkan graduan konvokesyen kali ini mencari tempat penginapan yang sesuai

Thursday, September 30, 2010

Kurang tidur boleh menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca

Bijak Memanfaat Pusingan Biologi

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Dan Dialah Tuhan yang menjadikan malam untuk kamu sebagai pakaian dan menjadikan tidur untuk berhenti rehat serta menjadikan siang untuk keluar mencari rezeki.” (al-Furqaan : 47)

Terjemahan ayat di atas menjelaskan bahawa tubuh badan manusia mempunyai sistemnya yang tersendiri yang dikenali sebagai pusingan biologi atau biological rhythm. Sistem inilah menyebabkan kita mengantuk dan kurang bertenaga pada waktu malam dan cergas pada waktu siang. Ia dikawal oleh hormon-hormon. Justeru itu, kita perlu memahami cara sistem ini bekerja dan bijak memanfaatkannya.


Memahami Fisiologi Pusingan Biologi

Pada waktu malam, badan manusia melalui kelenjar pineal, akan mengeluarkan sejenis hormon yang bernama melatonin. Hormon ini mempengaruhi bahagian otak yang dikenali sebagai hipotalamus dan ia menyebabkan kita tidur. Kadar melatonin berada pada tahap optimum dalam darah pada jam 1.30 pagi hingga 2.00 pagi semasa tidur. Selepas itu, kadarnya menurun dan ia berada pada tahap paling rendah apabila bangun daripada tidur pada jam 6.00 pagi.


Pada waktu siang pula, hormon kortisol mempengaruhi kita semasa kita aktif melakukan pelbagai aktiviti. Hormon ini berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang. Hormon kortisol juga dikenali sebagai hormon stres kerana ia berada pada tahap paling tinggi apabila individu mengalami tekanan.


Daripada sudut pusingan biologi, waktu yang dianggap paling produktif adalah antara jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari. Sebaiknya kita melakukan kerja-kerja utama dalam hidup kita pada waktu ini. Selepas itu di antara waktu tengah hari dan awal petang, tubuh kita akan menjadi lesu dan lemah. Para saintis menamakan fasa ini sebagai a secondary sleep gate. Justeru itu, tidurlah sekejap pada waktu ini jika mempunyai kesempatan.



David F.Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka Sleep and Alertness : Chronobiological, Behavioural and Medical Aspects of Napping menggalakkan kita tidur pada waktu tengah hari. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menghidap penyakit jantung berbanding orang lain. Di sudut agama, tidur sekejap pada waktu tengah hari dikenali sebagai qailulah dan ia pernah dilakukan oleh Nabi SAW.



Selepas itu, kita akan memasuki fasa produktif yang kedua antara jam 8.30 malam hingga 10.30 malam. Gunakanlah waktu ini untuk membaca dan merancang aktiviti sebelum berehat untuk tidur.



Tidur sebagai Ibadah

Tidur adalah ibadah. Ia perlu dijaga dan dimanfaatkan bagi melaksanakan pelbagai ibadah. Hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim ada menitikberatkan soal tidur sebagai ibadah yang diterjemahkan seperti yang berikut:

“Apabila seseorang kamu mengantuk ketika hendak bersolat maka hendaklah dia tidur sampai dia tahu apa yang dibacanya.”


Semasa tidur sel-sel di dalam badan melalui proses pemulihan yang mana badan manusia akan mengeluarkan hormon pertumbuhan yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang rosak Justeru itu mengambil minuman yang mengandungi kafein sebelum tidur boleh mengganggu proses ini dan menambahkan keletihan pada waktu siang.


Penyimpanan maklumat jangka panjang di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Mereka yang suka tidur lewat boleh mengganggu proses penyimpanan maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran hingga lewat malam boleh menjejaskan pusingan biologi individu dan menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca.


Tidur dapat memantapkan sistem darah dan jantung. Menurut Dr. Tom Mackay, seorang pakar penyakit-penyakit system pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan, Edinburgh Royal Infirmary, Scotland merumuskan, kurang tidur akan menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku dalam badan. Keadaan ini meningkatkan risiko individu menghidap penyakit kencing manis, jantung dan strok.


Tidur juga memantapkan sistem pertahanan badan. Kajian menunjukkan individu yang tidur 3 hingga 4 jam sehari kurang daripada kadar biasa mudah mengalami tekanan dan stres. Ini akan melemahkan sistem pertahanan badan dan menjadikannya mudah dijangkiti kuman. Berapakah jumlah jam yang diperlukan untuk tidur secara optimum pada waktu malam? Keperluan tidur individu berbeza dengan individu yang lain. Mereka yang tidur 6 hingga 7 jam secara purata setiap malam adalah lebih sihat dan hidup lebih lama daripada mereka yang tidur lebih dari 8 jam atau kurang 4 jam.


Sunah Nabi dan Pusingan Biologi

Secara tidak langsung, Nabi SAW mengambil kira kehendak pusingan biologi apabila baginda menyuruh para sahabat melayani keperluan badan. Baginda sendiri melayani hak dan keperluan jasmani bertujuan menyihatkan diri sebagai persiapan untuk beribadah. Pernah pada suatu masa, ada di kalangan para sahabat yang tidak mahu tidur dan tidak mahu berkahwin. Ada pula sahabat yang berazam untuk berpuasa secara berterusan.


Lantaran perkara ini, maka Nabi SAW bersabda yang bermaksud : “Demi Allah, akulah manusia yang paling takutkan Allah dan paling bertakwa kepada-Nya tetapi aku berpuasa dan berbuka, aku bersolat dan tidur dan aku juga berkahwin. Sesiapa yang tidak mengikut sunnahku ini, dia tidak termasuk dalam golonganku.” Hadis ini dijelaskan oleh Bukhari dan Muslim. Nabi SAW juga pernah melakukan qailulah atau istilah para saintis hari ini iaitu a secondary sleep gate. Ini kerana di antara waktu tengah hari dan awal petang badan manusia menjadi lemah dan lesu. Maka dengan tidur sekejap itu akan dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan kita.


Penutup

Jasad boleh dikiaskan seperti sebuah kederaan yang sentiasa dipacu oleh manusia. Bagi mencapai kejayaan, manusia perlu menyelenggara kenderaannya dengan baik supaya ia dapat dinaiki demi mencapai cita-cita. Justeru, pastikan kita bangun awal setiap pagi untuk bersembahyang Subuh, sebaik-baiknya secara berjemaah dan jika berkesempatan tidurlah sekejap (lebih kurang 20 minit) pada waktu tengah hari.

Oleh : Shamrifah Dahalan (Panel Penulis Jakim)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More