Sunday, November 30, 2008

Minda Super

video

Edisi 12 : Ragam Hari Ini

Debat di Media Sepatutnya dijadikan Program Realiti TV


Media adalah medium utama bagi rakyat mendapatkan informasi. Namun, Media arus Perdana dikatakan adalah agen kerajaan dan atas alasan itu, pembangkang memilih media internet untuk menyampaikan agenda politik mereka.

Masalahnya media yang manakah yang telus, berkecuali dan tidak menyebelahi mana-mana pihak?

Ada beberapa pihak yang berminat untuk berdebat dan ada yang tak berminat. Salah satu alasan untuk tidak berdebat ialah kredibiliti medium pengantara yang berkemungkinan berat sebelah dan mungkin merugikan bagi mereka. Alasan lain ialah keraguan rakyat untuk melihat pemimpin berdebat. Ragu-ragu? Lihat sajalah cara pemimpin membahaskan sesuatu isu di Parlimen. Kita akan ketawa.

Pemimpin Malaysia dikatakan masih tidak bersedia untuk berdebat. Mereka akan emosi, lari dari tajuk, banyak tuduhan dari fakta dan merepek.

Berbalik semula kepada apa yang kita belajar disekolah. Dari situ kita tahu rakyat mahukan perdebatan yang fokus, tidak lari dari tajuk , ada fakta [bukan tuding menuding, salah menyalah yang akhirnya mengelirukan].

Pemimpin Malaysia dikatakan masih tidak bersedia untuk berdebat. Mereka akan emosi, lari dari tajuk, banyak tuduhan dari fakta dan merepek

Sekiranya debat menjadi realiti, rakyat seharusnya bijak menilai debat tersebut.

Janganlah kita cepat termakan kata-kata dalam perbahasan, dengan alasan A berbahas lebih daripada B, so saya akan undi A. Ianya tidak semudah itu. Pandai berkata-kata sahaja tidak cukup. Sebab ada kemungkinan “Cakap tak serupa bikin” akan berlaku. Rakyat harus menolak sekeras-kerasnya hujah yang lari dari tajuk dan yang berunsur tuduhan tanpa bukti.

Pemimpin haruslah membuat persediaan rapi. Janganlah pula nanti, rakyat menjadikan debat sebagai satu bentuk hiburan pula. Al maklum, realiti program dah bersepah kat tv sekarang ni, jangan ditambah pula satu lagi.

Saturday, November 29, 2008

Edisi 11 : Ragam Hari Ini

Penyalah gunaan dadah

video

Friday, November 28, 2008

Edisi 10 : Ragam Hari Ini

PESANAN BUAT PEMIMPIN TANAHAIRKU


1) Jangan kau mudah lupa diri


2) Jangan kau mudah mengikut telunjuk mereka yang di sekelilingmu


3) Jangan kau leka dengan puji-pujian yang datang tanpa diundang di setiap ketika


4) Jangan kau jadi pemimpin yang buta sejarah demi mer
aih undi dan sokongan


5) Jangan kau tutup realiti masa lampau dengan fantasi masa depan yang tidak pasti


6) Jangan kau khayalkan anak bangsa sendiri dengan tema-tema yang mustahil dicapai


7) Jangan kau bunuh perjuangan berdekad bangsa sendiri dek mengisi matlamat peribadi


8) Jangan kau cuba pisahkan bangsa dan agama, ianya ibarat irama dan lagu saling berkait


9) Jangan kau mudah hilang simpati kepada golongan bawahan yang perlukan pembelaan

10) Jangan kau terpedaya dengan sokongan pihak-pihak luar yang 'mencemburui' kita.

Andai Kau Menjadi PM Kau adalah harapan bangsa, penjaga agama, nakhoda negara ...
Khianat pada sumpah pasti membawa rebah dan cacian berdekad, berkurun lamanya

Tengku Razaleigh Hamzah si anak Kelantan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim si anak Pulau Pinang

Datuk Seri Mohd. Najib Abdul Razak si anak Pahang

Kepada kalian, selamat 'tertabal' sebagai Perdana Menteri ke 6 Malaysia Berkhidmatlah dengan penuh dedikasi atas nama Tuhan Yang Maha Kuasa, Maha Mengadili ....


Thursday, November 27, 2008

Edisi 9 : Ragam Hari Ini

Adakah Debat Is The BEST way To solve Problem???

Masa sekolah dahulu, kita didedahkan dengan perbahasan. Satu pihak membahaskan satu usul dan kemudiannya dibangkang oleh pihak yang lain. Juga dengan berberapa tajuk karangan tentang baik buruknya tentang sesuatu perkara berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru.

“Baik buruknya pengaruh internet” adalah antara satu dari banyak lagi tajuk yang pernah diketengahkan. Kita diajar untuk membuat penilaian, mencari fakta, rujukan, serta kajian berdasarkan tajuk yang diberikan.

Itu dalam bentuk penulisan. Untuk berbahas pula, kita diajar untuk menyampaikan sesuatu tajuk dengan kepetahan kita berkata-kata, gaya bahasa yang menarik dan intonasi yang baik bagi menarik mereka yang mendengarnya. Sudah tentu, ianya juga memerlukan persediaan penulisan sebelum ianya didebatkan.

Dalam pertandingan perbahasan, kemenangan ditentukan berdasarkan kriteria-kriteria di atas

Di Amerika Syarikat, jaguh pengamal demokrasi dunia ini [self proclaimed] mengamalkan perdebatan antara calon-calon Presiden sebelum menjelangnya pilihanraya. Ianya dipercayai sebagai satu budaya demokrasi yang sihat dimana pengundi akan lebih yakin dengan pilihan mereka berdasarkan debat tersebut.

Di Malaysia, cara yang sama telah diperlihatkan. Pemerhati politik juga beranggapan ianya satu budaya yang sihat. Kita dah lihat debat antara DSAI dan menteri penerangan Datuk Shabery Cheek sebelum ini. Ianya mendapat sambutan yang baik dari rakyat Malaysia dimana berjuta rakyat telah menontonnya.

Wednesday, November 26, 2008

Edisi 8 : Ragam Hari Ini

Student tak hormat Guru ke @ Guru Yang tak Hormat Student

Zaman saya sekolah dulu, mak saya akan cakap kat cikgu "Cikgu....saya serahkan anak saya pada Cikgu...buatlah apa-apa yang patut...rotanlah dia jika perlu". Begitulah besarnya kepercayaan Ibubapa kepada guru satu masa dahulu.

Guru dipandang tinggi kerana pendidikan sangat penting. Kerjanya mulia kerana mendidik anak bangsa. Kalau buat cikgu marah...tak berkatlah apa yang dipelajari. Peranan Ibubapa tak jauh bezanya dengan guru. Melawan guru ibarat melawan Ibubapa.

Tapi sekarang dah jadi lain pulak. Cikgu seakan-akan menjadi mangsa pulak. Tak boleh disentuh langsung. Tak pasal-pasal kena saman pulak nanti. "Human Rights" kan?

Budak sekolah sekarang lain sangat dari dulu. Perasaan hormat hampir tiada. Teringat cerita ketika saya menjemput anak saudara saya dari sekolah. Kebetulan anak jiran abang saya juga ada disitu. Saya pun mengajaknya naik bersama kerana ya la kan sebelah rumah saja kan.

Punyalah terperanjat, bila masuk...tanpa terima kasih terus memberi arahan kepada saya untuk menghantarnya ke rumah pakciknya kerana Ibunya tiada di rumah. Makkkk aiii...ada rupa drebar ke aku ni??? Ikutkan hati...rasa macam nak halau je keluar kereta.

Mana agaknya rasa hormat kanak-kanak sekarang pada orang yang lebih tua dari mereka?

Flash back kejap. Kalau dulu saya dalam situasi yang sama, saya akan menolak kerana rasa segan. "Takpe lah makcik...terima kasih, saya jalan kaki saja...dah biasa". Kalau makcik tu insist, barulah naik. Lepas dihantar, terus salam dan ucapkan terima kasih. Sampai rumah, saya akan beritahu ngn mak. Pastu mak akan follow up...dengan berjumpa jirannya itu untuk mengucapkan terima kasih.

Dalam hal ini, mak bapak juga bersalah. Kerana tidak mengajar anak mereka semua benda-benda ini. Terlalu berlembut dan mengikut kehendak anak kesayangan mereka. Lebih teruk, dorang pun sama tak hormat jiran. Dah tau, kita jemput anak dia....apa lah salahnya ucapkan terima kasih walaupun anak mereka tak berbuat demikian.

Tuesday, November 25, 2008

Edisi 7 : Ragam Hari Ini

Mantera Bahasa Keramat Bangsa

Bacakan mantera bahasa keramat bangsa
narwastu ilmu menaungi pertiwi
aura erat bertaut,
berteduh di rimbunan pepohonan
kesepaduan jati diri warganya

Bumi ini rumahmu, syurgamu
para pendidik menitis keringat berhuma di perladangan ilmu
anak-anak membenih etika, menyiram sahsiah
menanam kasih, menugal intelek
menampi empati warga marcapada
menjana jati diri modal insan sarwajagat
pelapis generasi pasca merdeka

Mantera bahasa keramat bangsa
sejarahmu tersusun seikat dalam puan tak terlepas
biar berputih tulang jangan berputih mata
bersama berpencak ke puncak intelektual
menyusur denai ke puncak menara

Ayuh, mari bergandingan menghilir
menongkah arus kita ke hulu
bahasa Melayu perkasa dijulang martabat
memayungi batu jemala
pahatkan di peterana negara

Perkukuhkan rasa sepunya cinta bahasa serumpun
kembalikan ke peterananya
diberkat-iNya bagai kasih tak terlerai
bak hempedu lekat di hati

Monday, November 24, 2008

Gambar Detik ini-------->>>>>>>>>

Benarkah Pemimpin Cakap Tak Serupa Bikin??










Kenapa sesetengah pemimpin kita, tak kiralah samada dari BN ataupun Pakatan Rakyat begitu teruja menghina kereta nasional keluaran tempatan sehingga sanggup membuat publisiti dengannya di media? Tak salah kalau nak mengkritik...tapi kritikan adalah isu basi. Bila dah basi takkan nak kritik lagi. Cari la jalan lain.

Sebagai rakyat Malaysia, seburuk atau seteruk manapun kereta buatan tempatan, sepatutnya kita berbangga dan menyokong usaha kerajaan mengeluarkan kereta tempatan yang kini membuatkan ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mampu memiliki kereta import tetapi kini sudah mampu memiliki kereta buatan Malaysia itu.


Memanglah kereta Malaysia, samada Proton atau Perodua tidaklah sempurna seperti kereta import tetapi adakah jika memiliki kereta import servis kereta akan lebih murah dari servis kereta tempatan?


Begitu juga dengan alat ganti kereta... Adakah alat ganti kereta tempatan akan lebih mahal dari alat ganti kereta import? Jadi kenapa begitu teruja untuk mendabik dada mendesak agar kerajaan yang dipimpin menukar kereta dari keluaran tempatan kepada keluaran luar negeri yang sudah tentu lebih mahal segala-galanya?

Bukankah kini zaman kemelesetan ekonomi global jadi bukankah lebih baik berjimat dari menukar kepada kereta baru yang sudah tentu memakan kos yang lebih besar dari hanya menservis kereta tempatan yang sudah sedia digunakan? Kenapa perlu membazir? Cakap pun tak serupa bikin.

Nampak sangat ingin guna kereta mewah dan berjenama serta mahal pula harganya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat 'Akulah pemimpin kalian' tanpa mengambil kira persepsi rakyat terhadap tindakan membazir mereka itu.

Jika cakap pun tak serupa bikin, ingat! PRU ke 13 rakyat boleh menjatuhkan anda dan menaikkan pemimpin yang lain pula.

Jangan hanya pandai menyuruh rakyat berjimat cermat di zaman kemelesetan ini tapi nampaknya pemimpin seperti melupakan amalan berjimat cermat itu dan berbelanja besar sesuka hati. Rakyat tidak buta dan masih boleh melihat dengan mata mereka sendiri.




Edisi 6 : Ragam hari ini

Video : Macam mane nk sembunyi atau ubah IP

videoa

Koleksi cerita-cerita teladan

3 PERTANYAAN

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.
“Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya”
Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;
1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.
Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”
Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah… Tamparan itu adalah jawapan saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.
“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “ Tak boleh”, jawap pemuda. “Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama.
Guru Agama bertanya lagi, “Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.

Sunday, November 23, 2008

Edisi 5 : Ragam hari ini

Berita tergempar : Cermin Hidup



Selain cermin mati di rumah kita, kita perlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita, untuk melihat siapa kita, untuk menilai siapa kita.Cermin hidup adalah insan yang kita yakini,yang boleh memberikan jawapan atau gambaran siapa kita, apa kita, bagaimana kita di khalayak sebenarnya
Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar. Kalau kita ada tahi lalat, cermin mati akan menunjukkan kita ada tahi lalat itu, tapi kalau kita ada sifat buruk di sebalik wajah yang cantik ataupun yang hensome itu, boleh kah cermin mati beritahu kita? jawapannya tidak
Sebab itu kita perlukan cermin hidup , iaitu seseorang yang boleh membicarakan ttg kita, perangai kita,sifat buruk kita, tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita,sifat panas baran kita,kaki mencerca kita, kaki mengumpat kita dan macam2 lagi sifat mazmumah
Inilah watak cermin hati kita, cermin yg boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan wajah kita , bagaimana hidung kita, di mana letak tahi lalat kita, tapi memberi tahu kita jauh lebih daripada itu. Cermin hidup kita ini akan memberitahu kita secara jujur siapa kita sebenarnya. Dia akan memberitahu kita bagaimana hati kita. Kalau sebelum ini saya kata hati besar kita selalu bercakap besar tentang diri kita, dan hati kecil selalunya kalah, cermin hidup boleh membantu membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya jujur.
Nak cari dimana orang macam ni, orang yang membantu kita mengenali diri kita sendiri?Carilah seribu sahabat kerana seribu sahabat itu belumlah banyak, jauhilah seorang musuh, kerana seorang musuh itu sudah terlalu banyak.

Saturday, November 22, 2008

Jersi Baru Pasukan Malaysia BerSalib???


Jangan terkejut dan jangan melatah.Jersi terbaru pasukan Bola Sepak Malaysia untuk menghadapi saringan Kelayakan Piala Dunia 2014 di Guatemala mungkin mengejutkan ramai pihak.

Terdapat salib di tengah2 corak baju berkenaan, jelas terpampang tanpa perlu diteliti.Adakah perkara ini akan mendapat teakantangan umum ataupun tidak ada sebarang respon.

Sentimen agama nampaknya diketepikan dalam pemilihan jersi Nike ini.


Edisi 4 : Ragam Hari ini

aku tak berzina


Kami tidak berzina !…Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi awak menghampiri zina. …..Kami hanya barbual-bual, berbincang,. Bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan……Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu…..Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus…. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.
Ingat pesanan Rasulullah : “Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan” (Tabrani) .

Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.…..Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?







Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah :
“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman” (muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak…. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan…..

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Sungguh! Bincang pelajaran sahaja….. Ni Study Group.*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA) Study Group...?
Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni… betul ke bincang pelajaran? ….Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.*
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Kami berdua sama-sama belajar, study group*, saling memberi semangat dan motivasi.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.










Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More