Monday, November 24, 2008

Benarkah Pemimpin Cakap Tak Serupa Bikin??










Kenapa sesetengah pemimpin kita, tak kiralah samada dari BN ataupun Pakatan Rakyat begitu teruja menghina kereta nasional keluaran tempatan sehingga sanggup membuat publisiti dengannya di media? Tak salah kalau nak mengkritik...tapi kritikan adalah isu basi. Bila dah basi takkan nak kritik lagi. Cari la jalan lain.

Sebagai rakyat Malaysia, seburuk atau seteruk manapun kereta buatan tempatan, sepatutnya kita berbangga dan menyokong usaha kerajaan mengeluarkan kereta tempatan yang kini membuatkan ramai rakyat Malaysia yang sebelum ini tidak mampu memiliki kereta import tetapi kini sudah mampu memiliki kereta buatan Malaysia itu.


Memanglah kereta Malaysia, samada Proton atau Perodua tidaklah sempurna seperti kereta import tetapi adakah jika memiliki kereta import servis kereta akan lebih murah dari servis kereta tempatan?


Begitu juga dengan alat ganti kereta... Adakah alat ganti kereta tempatan akan lebih mahal dari alat ganti kereta import? Jadi kenapa begitu teruja untuk mendabik dada mendesak agar kerajaan yang dipimpin menukar kereta dari keluaran tempatan kepada keluaran luar negeri yang sudah tentu lebih mahal segala-galanya?

Bukankah kini zaman kemelesetan ekonomi global jadi bukankah lebih baik berjimat dari menukar kepada kereta baru yang sudah tentu memakan kos yang lebih besar dari hanya menservis kereta tempatan yang sudah sedia digunakan? Kenapa perlu membazir? Cakap pun tak serupa bikin.

Nampak sangat ingin guna kereta mewah dan berjenama serta mahal pula harganya untuk menunjuk-nunjuk kepada rakyat 'Akulah pemimpin kalian' tanpa mengambil kira persepsi rakyat terhadap tindakan membazir mereka itu.

Jika cakap pun tak serupa bikin, ingat! PRU ke 13 rakyat boleh menjatuhkan anda dan menaikkan pemimpin yang lain pula.

Jangan hanya pandai menyuruh rakyat berjimat cermat di zaman kemelesetan ini tapi nampaknya pemimpin seperti melupakan amalan berjimat cermat itu dan berbelanja besar sesuka hati. Rakyat tidak buta dan masih boleh melihat dengan mata mereka sendiri.




0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More