Saturday, November 22, 2008

Tercapaikah Matlamat Sekolah Berasrama Penuh (SBP)



Jika diingat kenangan lama semasa kanak-kanak, kita seringkali diberitahu oleh ibu bapa kita: BUat UPSR baik - baik, dapat 5A dan masuk ke sekolah berasrama penuh (SBP).Malah guru sendiri mengalakkan kita untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.

Pastinya bila keputusan diumumkan, sebilangan besar yang mendapat 5A akan memohon ke SBP. Ianya merangkumi anak menteri, anak pegawai kerajaan, anak pekerja swasta, anak petani di kampung dan lain - lain.Lebih-lebih lagi setiap tahun pencapaian akademik di dalam peperiksaan awam ini menunjukkan reaksi yang positif.

Dan dilihat dari segi pencapaian akademik, hak mereka untuk memasuki SBP tidak boleh dinafikan sama sekali.

Hakikatnya, tujuan asal penubuhan SBP ialah untuk menempatkan pelajar luar bandar yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum, supaya mereka menikmati kemudahan yang lengkap dan sempurna seperti rakan sebaya mereka di bandar.

Namun, apabila pelajar 5A dari bandar lebih banyak mendaftar di SBP, hak pelajar luar bandar seperti diketepikan. Matlamat sebenar, pelajar 4A dari luar bandar lebih layak ke SBP berbanding 5A dari bandar.

Pelajar golongan keluarga berpendapatan tinggi biasanya memiliki bilik belajar yang sempurna, buku rujukan yang lengkap dan berlebihan, kemudahan internet, guru tuisyen dan persekitaran yang kondusif

Bagi pelajar dari keluarga kurang mampu dan dari kelompok miskin, sekiranya gagal mendapat 5A, peluang mereka untuk ke SBP ibarat tertutup sama sekali. Mereka tidak mungkin mempunyai 'kabel' sekalipun.

Pelajar luar bandar sememangnya perlu diberi perhatian, dan diutamakan kemasukkan mereka ke dalam SBP, supaya mereka mendapat kemudahan dan prasarana yang lebih baik. Namun, apa pula kata pelajar bandar apabila mereka mendapat 5A tetapi tidak dapat ke SBP?

Jurang kemudahan pendidikan di bandar dan luar bandar masih lagi ketara. Tiada kemudahan komputer moden, apatah lagi sambungan internet. Prasarana sukan jauh kurang memuaskan, kemudahan komunikasi dan alat bantu mengajar juga tidak mencukupi

Jika kita berfikir seketika, ramai ibu bapa yang melenting tentang taraf kehidupan di SBP. Mereka mengharapkan kemudahan penginapan seperti di rumah sendiri, makanan setaraf di retoran, kelas yang lengkap dan sebagainya. Sedarkah kita bahawa yang melenting ini hanyalah dari keluarga berpendapatan tinggi yang anak mereka tidak sepatutnya berada di SBP.

Bagi ibu bapa yang berpendapatan rendah dan dari luar bandar, kebanyakan mereka bersyukur dengan apa yang ada, malah berterima kasih kepada guru dan warden asrama, kerana akhirnya anak mereka mendapat apa yang paling minimum di SBP.








0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More