Saturday, December 20, 2008

Edisi 20 : Ragam Hari ini

Thursday, December 11, 2008

Edisi 19 : Ragam Hari Ini

Wednesday, December 10, 2008

Perdana Menteri Bukan MELAYU..boleh ke??

Kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan hanya disambut di negara `Uncle Sam' kerana mencatat sejarah tersendiri tetapi turut menjadi bahan politik di negara ini.

Kemenangan Obama rakyat kulit hitam pertama daripada kumpulan minoriti di Amerika Syarikat telah mencetuskan analisa politik di kalangan pihak tertentu di negara ini sehingga ada suara pemimpin bukan Melayu yang mahukan bukan Melayu diberi peluang menjadi Perdana Menteri di negara ini.

Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya mengubah sikap kalangan pemimpin UMNO agar menerima hakikat Perlembagaan membenarkan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri negara ini.

"UMNO telah menafikan peruntukan Perlembagaan yang membenarkan sesiapa sahaja warganegara Malaysia untuk menjadi Perdana Menteri," katanya ketika mengulas isu ini.

Persoalannya, apakah Pas yang diterajui oleh Hadi Awang dan PKR oleh Anwar Ibrahim boleh menerima Kit Siang sebagai Perdana Menteri?

Bolehkah Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin bersekongkol menerima bukan Islam sebagai Perdana Menteri?

Sebelum ini Hadi Awang telah membuat kenyataan akan menerima sesiapa sahaja sebagai Perdana Menteri asalkan pemimpin itu adalah Melayu dan beragama Islam.

Begitu juga dengan Anwar, apakah nanti beliau boleh menerima Penasihat DAP itu sebagai Perdana Menteri walhal beliau telah `berkorban' sejak sekian lama masuk penjara semata-mata mengidam jawatan tertinggi dalam kerajaan itu?

Hakikatnya seperti yang diakui oleh Kit Siang, UMNO yang menjadi tunggak kekuatan orang Melayu di negara ini adalah penghalang kepada cita-cita bukan Melayu untuk menjadi Perdana Menteri.

Sebagai parti politik terbesar orang Melayu, UMNO dilihat sebagai benteng terakhir orang Melayu untuk mempertahan dan mengangkat martabat Islam di negara ini daripada diperkotak katik oleh pihak-pihak tertentu yang mula mempertikai hak dan keistimewaan Melayu di negara ini.

Apalah yang diharapkan kepada PKR baru sahaja berkuasa hak dan kepentingan Melayu hendak diperdagangkan demi survival politik manakala Pas kononnya memperjuangkan Islam sebagai addin tetapi bersekongkol dengan DAP yang terang terang menolak perjuangan Islam.

Selagi ada UMNO yang menjadi tunggak dan mewakili orang Melayu terbesar di negara ini jangan harap kaum minoriti mengidam jawatan Perdana Menteri.

Edisi 19 : Ragam hari ini

Tuesday, December 9, 2008

Edisi 18 :Ragam Hari Ini

SUKMA UNTUK KANAK-KANAK

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bercadang menganjurkan Sukan Malaysia peringkat Taman Bimbingan Kanak-Kanak (TABIKA) yang dikenali "Kids Sukma" bermula tahun depan bagi mencungkil bakat sukan dari peringkat awal.


Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, strategi mengasah bakat sukan dari peringkat awal kanak-kanak mampu membentuk bakat sukan memandangkan Malaysia masih kekurangan atlet berbakat bertaraf dunia.


Sehubungan itu, beliau berkata kementeriannya akan berbincang dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Pelajaran bagi menetapkan hala tuju program berkenaan.


"Banyak negara besar dalam bidang sukan seperti China telah memulakan pencarian bakat sukan sejak atlet masih kecil kerana ia mudah dibentuk dan diasuh menjadi seorang jaguh sukan bertaraf dunia," katanya ketika berucap merasmikan Hari Graduasi Kanak-Kanak Tabika Kemas Daerah Bera 2008 di sini, Sabtu.


Katanya, melalui penganjuran Kids Sukma itu, kanak-kanak akan didedahkan dengan sukan popular seperti bola sepak, badminton, olahraga serta sukaneka bagi menambah variasi pertandingan itu.


Ismail Sabri berkata, Malaysia terbukti mampu melahirkan beberapa atlet berbakat besar dan bertaraf dunia seperti Datuk Nicol David dan Datuk Misbun Sidek, jika mempunyai kemahuan tinggi serta strategi yang tepat.


Bagaimanapun, beliau berkata usaha KBS untuk menonjolkan budaya sukan di kalangan kanak-kanak perlu mendapat sokongan ibu bapa kerana sejarah membuktikan pembabitan aktif mereka mendidik anak dalam bidang sukan boleh mempengaruhi usaha melahirkan atlet bertaraf dunia dalam sukan terbabit.
Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan berjumlah RM100 juta kepada KBS bagi projek pembangunan belia pada tahun depan.


Beliau berkata, peruntukan itu adalah bagi melaksanakan program latihan, kursus serta program Rakan Muda secara lebih intensif dan menyeluruh membabitkan belia di kawasan kampung baru Cina, perkampungan Orang Asli, kawasan perladangan dan luar bandar.
Katanya peruntukan itu bertambah tiga kali ganda berbanding peruntukan RM36 juta tahun ini bagi projek pembangunan belia.

Monday, December 8, 2008

Edisi 18 : Ragam Hari ini

Tiada lagi UTUSAN ONLINE


Antara website yang selalu saya buka ialah Utusan Online.

Ianya senang, untuk mendapatkan berita yang sentiasa dikemaskini.

Namun, kesemua berita tidak disertakan dengan teks penuh. Di akhir laporan tertera satu arahan atau ayat supaya pembaca membeli Utusan Malaysia versi kertas ataupun langganan secara online.

“Berita lanjut sila dapatkan akhbar Utusan Malaysia atau langgani e-paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/”

Tidak dinafikan bahawa penjualan surat khabar edisi cetak kertas Utusan Malaysia mengalami kejatuhan apabila lebih ramai cenderung membaca secara online.

Namun, kita tidak mahu Utusan Online menjadi seperti Malaysiakini.com

Sunday, December 7, 2008

Edisi 18 : Ragam Hari Ini

Saturday, December 6, 2008

Bayang Campurtangan Amerika Durjana 1


MEMAHAMI serangan pengganas di Mumbai yang mengorbankan hampir 200 nyawa pada 27 November lalu, ia merupakan isyarat jelas yang cuba disampaikan oleh kumpulan pengganas terhadap kewujudan mereka dalam entiti geo-politik negara, rantau dan antarabangsa.

Serangan yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia itu juga ditujukan ke atas kepentingan Barat, Yahudi dan Kristian sebagai strategi untuk meninggalkan kesan yang besar dalam politik antarabangsa daripada liputan meluas media massa yang diterima.

Daripada perspektif kumpulan pengganas sendiri sama ada yang berpangkalan di India atau Pakistan, serangan itu merupakan satu percubaan untuk mencapai matlamat membentuk kerajaan dan negara mengikut kefahaman masing-masing.

Ia juga boleh dikaitkan dengan perjuangan agama yang mana kedua-dua kumpulan yang dituduh bertanggungjawab iaitu Deccan Mujahiddin dan Laskhar-e-Taiba mempunyai kaitan dengan perjuangan Islam.

Dengan sasaran terhadap kepentingan Amerika Syarikat (AS) dan Barat serta kumpulan Yahudi, serangan kumpulan itu turut dilihat sebagai perjuangan menentang cengkaman dan penindasan Barat terhadap negara dan dunia Islam.

Apa pun sesuatu yang pasti, serangan pengganas di Mumbai itu telah mempengaruhi hubungan diplomatik India-Pakistan dan membawa dimensi baru kepada perhubungan yang sudah sedia keruh antara kedua-dua buah negara.

Baik India dan Pakistan, menanggapi episod keganasan itu dengan saling menuding kepada kumpulan pengganas yang bertapak di negara masing-masing sebagai pihak yang bertanggungjawab.

Edisi 17 : Ragam Hari ini

Friday, December 5, 2008

BERITA PILIHAN : Cadangan sekolah satu aliran tiada unsur perkauman

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan cadangan supaya hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan diwujudkan di negara ini langsung tidak mempunyai unsur perkauman.

Sehubungan itu, kata beliau, dakwaan beberapa pihak terutama parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan cadangan sedemikian berbaur perkauman adalah tidak berasas.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem pendidikan negara mempunyai dua aliran iaitu aliran perdana yang merangkumi sekolah kebangsaan dan aliran bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Tamil (SJKT), sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan.

Edisi 16 :Ragam Hari Ini

Thursday, December 4, 2008

BERITA PILIHAN : Bukan Melayu Tolak

KUALA LUMPUR 3 Dis. – Badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya daripada organisasi bukan Melayu menolak cadangan mewujudkan satu sistem pendidikan yang bertujuan untuk menyatupadukan rakyat selain mengelak polarisasi kaum di negara ini.

Mereka menyifatkan cadangan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir itu sebagai berbaur perkauman dan mahu sistem pendidikan sedia ada dikekalkan.

Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (UCSTAM) dan Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (UCSCAM) dalam kenyataan bersama hari ini kesal dengan kenyataan Mukhriz itu yang disifatkan boleh menjejaskan perpaduan.

‘‘Kami meminta agar kerajaan mengambil tindakan terhadap pemimpin-pemimpin yang tidak bertanggungjawab ini bagi mengelak perkara sedemikian berlaku lagi pada masa depan,’’ jelas kenyataan itu.

edisi 15 : Ragam hari ini

Siapakah DirikU.....

Aku keliru .....aku buntu... mencari penyelesaian bagi semua permasalahan aku hairan dan kebingungan dengan perangai, ragam dan telatah mereka semua mengapa harus ada petelingkahan,perbalahan,pergaduhan, perselisihan, perbohongan dan semuanya adalah keburukan tidakah adakah titik² kegembiraan, Keseronokan, kasih sayang dan keasyikan duniawi yang ingin engkau miliki mengapa jalan sempit dan terdesak itu yang harus engkau buktikan kejatian diri mengapa jalan yang membuatkan diri terseksa dan menampakkan tindakan bodoh dan tidak berperikemanusiaan itu yang ingin engkau tonjolkan
apa yang engkau ingin ajarkan pada rmereka apa yang ingin engkau buktikan dan apa yang engkau nak mereka saksikan....

Berbaloikah
Puaskah
Gembirakah hati engkau menghanyutkan mereka
Membiarkan mereka
Menghina mereka...

Apa permasalahan yang engkau ingin mereka selesaikan jika engkau sendiri tidak meluahkan
Apa yang engkau impikan jika engkau sendiri tidak usahakan
Apa yang engkau ingin kami saksikan jika engkau tidak mmembuktikan
Apa yang ingin mereka fahami jika engkau sendiri tidak cuba untuk memahami diri

Percayalah pada diri
Kenalilah diri sendiri lebih dari mereka yang engkau sangat kenali
Jauhi benda yang boleh memusnahkan diri
Iaitu perkara yang merugikan diri

Fikirkan masa depan
Adakah lagi cahaya penghidupan
Adakah titik² maruah dan keinsafan
Di ruang dunia yang engkau sendiri cipta dan impikan

Jangan hayut disebabkan cinta
Jangan lupa diri disebabkan popular
Jangan alpa sebab kemewahan dunia
Jangan derhaka jika keluargamu tidak berharta
Jangan menjadi manusia hina jika engkau pasti melakukan dosajangan pula ulanginya buat kali kedua


HAYATI.... INSAFI..... FAHAMI DAN PERCAYALAH PADA DIRI JIKA ANDA ADALAH MANUSIA YANG SEJATI

Wednesday, December 3, 2008

Edisi 14 : Ragam hari ini

18 tahun untuk Yim Pek Ha


MInggu lepas, Surirumah Yim Pek Ha dihukum 18 tahun penjara selepas didapati bersalah mencederakan dengan parah pembantu rumahnya Nirmala Bonat empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Akhtar Tahir mendapati Yim bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala. Tertuduh menghadapi tiga pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk terhadap Nirmala menggunakan seterika dan air panas, di 33B-26-6 Villa Putera, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada Januari, Mac dan April 2004.

Hakim menjatuhkan hukuman 18 tahun bagi setiap satu kesalahan tersebut, tetapi ia akan berjalan serentak.

Beliau berkata tindakan Yim yang telah mencederakan pembantu warga Indonesia itu dengan sadis tidak boleh diterima oleh masyarakat bertamadun.

Akhthar menjelaskan, kecederaan yang dialami oleh Nirmala bukan akibat perbuatannya sendiri.

Yim juga didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk terhadap Nirmala dengan menggunakan cawan besi di tempat yang sama pada pukul 3 petang, 17 Mei 2004.

Bagaimanapun tuduhan keempat itu tidak dapat dibuktikan.

Surirumah itu didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, manakala bagi satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 325 kanun yang sama, dia boleh dihukum penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

*****************

Akhirnya kes ini selesai. Pelbagai andaian dibuat, terutama alasan Nirmala mencederakan diri sendiri.



Monday, December 1, 2008

Edisi 13 : Ragam hari Ini

Yakinlah Pada Dirimu

video