Friday, December 5, 2008

BERITA PILIHAN : Cadangan sekolah satu aliran tiada unsur perkauman

KUALA LUMPUR 4 Dis. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan cadangan supaya hanya satu sistem pendidikan yang berteraskan semangat kebangsaan diwujudkan di negara ini langsung tidak mempunyai unsur perkauman.

Sehubungan itu, kata beliau, dakwaan beberapa pihak terutama parti pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan cadangan sedemikian berbaur perkauman adalah tidak berasas.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, sistem pendidikan negara mempunyai dua aliran iaitu aliran perdana yang merangkumi sekolah kebangsaan dan aliran bantuan kerajaan yang terdiri daripada sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), Tamil (SJKT), sekolah mubaligh dan sekolah agama bantuan kerajaan.

0 comments: