Wednesday, December 9, 2009

Berakar Kasih, Berbunga Sayang

Satu ungkapan yang menarik hati ak semasa baktisiswa yang lepas merupakan tema berakar kasih , berbunga sayang.Tema baktisiswa ini dilihat satu pernyataan yang mempunyai maksud mendalam diantara hubungan mahasiswa dan juga komuniti.Hari ini, jelas terbukti ramai diantara mahasiswa/i universiti tidak dapat bergaul dengan baik dengan masyarakat sekitar.Ini disebabkan oleh kurangnya aktiviti yang mendekatkan mahasiswa bersama komuniti dan juga penglibatan yang kurang di kalangan mahasiswa.

Mungkin terdapat diantara mahasiswa yang mampu berkomuniti dengan masyarakat sekitar.Namun apa yang jelas terpapar di depan mata merupakan aktiviti seperti ini kadangkala dipeloporo oleh pihak tertentu terutamanya mahasiswa yang menpunyai jawatan ataupun autoriti di Universiti.Hari ini kita melihat mahasiswa kurang mengambil tahu perkara dan isu yang berlaku di luar sana.Ini menyebabkan ramai diantara mahasiswa gagal dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Walaupun begitu beberapa langkah telah diambil oleh pihak universiti untuk melatih pelajar unuk berkomuniti dengan masyarakat luar.Namun usaha seperti ini dipandang remeh dan enteng di kalangan mahasiswa.Mungkin, pada masa kini golongan remaja yang bergelar mahasiswa ini masih belum sedar akan kpentingan hidup berkomuniti.Justeru, setiap pihak di dalam universiti mahupun masyarakat luar mestilah memainkan peranan yang dinamik dalam usaha menmentuk mahasiswa yang berwawasan dan mempunyai standard yang terbaik

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More