Wednesday, January 27, 2010

Manifesto Calon Kurang Matang

Sepanjang 4 hari kempen bagi pilihanraya kampus berlangsung, saya hanya memerhati semua pergerakkan setiap-setiap pergerakkan calon.Tidak kira dengan permanfaatan Speaker corner dan juga ketika rapat umum.Saya tertarik melihat kedua-dua kelompok yang lebih dikenali sebagi pimpinan bitara dan juga mahasiswa pendidik.Kedua-dua kelompok ini jelas menunjukkan keseriusan mereka untuk mendapatkan kemenangan dalam PRK kali ini.

Saya melihat keadaan ini kian meruncing terutamnya dengan kewujudan penyokong-penyokong bagi kedua-dua pihak yang banyak melakukan provokasi sesama sendiri.Isu ini saya sengaja ketengahkan bagi menyedarkan semua mahasiswa agar berfikir dan menilai terlebih dahulu dengan apa yang diucapkan dan diperjuangkan oleh calon-calon PRK.

Dalam situasi ini, saya yakin dan pasti mengatakan bahawa beberapa manifesto yang diperjuangkan oleh calon-calon adalah tidak releven dan kurang jelas sebenarnya.Saya terkejut kali ini banyak diantara isu-isu yang diperjuangkan adalah isu lapuk dan kurang matang.Mungkin pada masa akan datang, calon yang hendak memperjuangkan sesuatu isu haruslah lebih memahami dengan apa yang diperjuangkan.

PRK UPSI kurang Menyengat

Hari ini genap 4 hari bagi semua calon Pilihanraya Kampus Ibu Kandung Suluh Budiman berkempen untuk meraih sokongan segenap mahasiswa kampus.Rata-rata diantara calon ini merupakan mahasiswa yang penah terlibat aktif dengan semua program-program universiti.Dan hampir semua calon merupakan wakil bagi sesetengah kelompok.

Memang tidak dapat dinafikan corak medan PRK kali ini diwarnai dengan 2 kelompok yang berbeza, dimana kedua-dua kelompok ini mengunakan tagline Mahasiswa Pendidik dan juga pimpinan Bitara.Pelbagai kaedah dan saluran digunakan oleh kedua-dua pihak ini bagi meraih sokongan dan cuba menjadi pemudahcara dalam menyampaikan maklumat mengenai pilihanraya kampus dan isu-isu semasa PRK.Antara dua medan yang paling popular yang digunakan oleh kedua-dua belah pihak adalah melalui pengunaan BLOG.

Blog dilihat dijadikan sebagai lidah rasmi bagi kedua-dua kelompok ini.Bagi golongan yang mengunakan tagline mahasiswa pendidik pada kali ini mengunakan UPSIKINI sebagai media mereka dan bagi golongan pimpinan bitara pula, mereka mengunakan SUARA UPSI sebagai saluran informasi mereka.

Isu pilihanraya kampus menjadi lebih hangat dengan berita-berita yang disampaikan oleh kedua-dua blog ini.Blog-blog ini cuba menampilkan kredibiliti calon masing-masing bagi memperkuatkan kepercayaan mahasiswa terhadap kelompok mereka.

Mohd Zulhusni Bin Zulkipli
Pemerhati Bebas
Politik Kampus UPSI


Wednesday, January 20, 2010

Pilihanraya Kampus Platform Suara Mahasiswa

Sejarah sekali lagi tercatat di UPSI, dimana pada hari ini Kabinet Majlis Perwakilan Pelajar UPSI sesi 2008/2009 telah secara rasminya dibubarkan.Ramai diantara aktivis-aktivis mahasiswa yang dikatakan sudah tertanya-tanya bilakah tarikh PRK yang sebenarnya.hal ini terus menjawab segala persoalan yang sering diutarakan semua pihak sejak dari semester lepas.Kesinambungan daripada ini pemilihan barisan mahasiwa yang akan menerajui barisan MPP pada masa akan datang akan berlangsung sepanjang 1 minggu yang terdekat.

Seperti yang telah dimaklumkan kronologi Pilihanraya Kampus akan bermula seperti berikut :

1)Pembelian Borang calon
2)penamaan calon
3)pengistiharan calon-calon yang layak bertanding
4)Rayuan, bantahan dan penarikan diri pencalonan
5)PENGUMUMAN AKHIR- Calon yang layak bertanding
6)Taklimat kepada calon-calon yang layak bertanding dan wakil calon-calon
7)Kempen Pemilihan
8)HARI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2009/2010
9)PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010
10)Rayuan dan bantahan keputusan Pemilihan
11)Keputusan rasmi dan muktamad Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Di kesempatan ini, saya menasihatkan kepada semua mahasiswa agar turun untuk melaksanakan tanggungjawab anda untuk memilih pemimpin yang terbaik.Semua keputusan adalah ditangan anda.Harapan saya agar mahasiswa UPSI dapat menilai setiap calon sebelum mengundi mahasiswa yang akan mewakili kita semua.Saya juga berharap semua mahasiswa supaya jangan percaya bulat-bulat dengan sebarang flyer, provokosi dan sebagainya untuk memburukkan sesiapa mahupun menjatuhkan seseorang.Berfikirlah seperti seorang mahasiswa yang bitara.Semoga segalanya dipermudahkan.InsyaAllah.

"Mahasiswa Unggul, Peneraju Kegagahan Bitara"


MOHD ZULHUSNI Bin ZULKIPLI
YANG DIPERTUA
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



Tuesday, January 19, 2010

Generasi Mudah Harus Ada Semangat Patriotik

"Pemuda Harapan Bangsa". Itulah yang kita sering dengar semasa kita berada di bangku sekolah.Rata-rata media seperti televisyen banyak menjenamakan slogan-slogan sebegini.Namun, persoalannya dimanakah penghayatan nilai ini sebenarnya.Saat ini semangat cintakan tanah air dan rela berkorban demi bangsa dan negara pada remaja dan generasi muda di negara Malaysia yang kita cintai dipersoalkan.

Institusi pendidikan dikatakan kurang mengambil peranan dalam memotivasi generasi penerus untuk membangun negara menjadi negara maju.Saya sendiri menyifatkan perkara ini berlaku disebabkan wujudnya masalah dari segi sistem pendidikan, pedagogi dan nilai penghayatan dalam diri setiap insan.Hal ini didorong juga oleh sikap tidak acuh segelintir pihak terhadap perkara ini.

Kebelakangan ini, media pula dipersoalkan kerana hanya mengejar keuntungan semata-mata dengan berita sensasi, politik keterlaluan, tanpa melihat faktor pendidikan dan impaknya bagi generasi muda.Saya juga melihat kebanyakkan tayangan di tv menampilkan negara yang berbeza dengan kenyataan dunia sebenarnya. Media alternatif pula terlalu rakus mensensasikan berita tanpa menyedari kesannya kepada generasi muda.Kesannya remaja seakan-akan bosan dan mengambil jalan lain bagi memenuhi selera mereka yang hampir tidak dipedulikan.

Sebenarnya inilah pandangan generasi muda pada masa sekarang.Kesannya lagi, lihat saja sebahagian generasi muda kita yang sangat menggemari dan mengagung-agungkan produk-produk asing dan budaya asing.Inilah yang dinamakan penjajahan terbaru daripada pihak terutama dalam menguasi minda par generasi muda.Boleh dikatakan sebahagian besar hanya mementingkan diri sendiri, tanpa mempedulikan isu semasa, kemajuan bangsa dan tidak menghormati generasi terdahulu yang telah bersusah payah memperjuangkan kemerdekaan yang dinikmati sekarang ini.Adakah generasi seperti ini negara kita perlukan???..Ataupun masih adakah jalan untuk membantu memupuk kembali semangat patriotik dalam diri anak muda negara kita.

Seperti mana yang kita tahu, semangat cintakan negara atau patriotisme adalah suatu fitrah kepada manusia. Semangat cintakan negara adalah sesuatu yang dituntut oleh agama. Ia mendidik hati supaya ada rasa ketaatan dan kepatuhan terhadap negara tempat lahir dan membesar.Dan ini akan menguatkan lagi jati diri hidup kita.Seharusnya sebagai salah seorang generasi muda, kita harus meneliti setiap persoalan begini.Kesinambungan dari itu, semangat cintakan negara amat penting dipupuk dan disuburkan di kalangan remaja supaya dewasanya nanti mempunyai semangat kecintaan yang tinggi terhadap negara. Memupuk semangat cintakan negara bagi remaja mestilah atas asas apa yang boleh kita lakukan untuk sama-sama terlibat dalam membangun dan memajukan negara.

Tambahan pula, Islam meletakkan pembinaan diri, keluarga dan masyarakat sebagai asas kepada pembinaan dan penjanaan kemajuan negara. Nilai-nilai yang baik dan murni mestilah bergerak seiring dengan pembangunan yang mengisi kemerdekaan.Perkembangan sebeginilah yang kita harapkan agar dapat diteladani oleh generasi anak-anak muda.Bayangkan para remaja yang tidak mempersiapkan diri menghadapi cabaran yang menunggu di hadapan, kehadiran remaja itu tidak menyumbang apa-apa untuk negara. Ia menandakan rasa cinta kepada negara tidak ada.

Kasih dan sayang kepada negara diukur dengan sumbangan yang diberi. Contohnya kalau kita kasih kepada ibu dan ayah sudah tentu kita menyumbang kepada keluarga. Kasih kepada kekasih, sudah tentu ada kesediaan untuk kita berkorban. Tidak mungkin ukuran kasih hanya pada kata-kata dan semangat untuk merayakan kemerdekaan sahaja. Oleh itu remaja harus melengkapkan diri untuk membantu mengisi erti kemerdekaan.Marilah kita bersama-sama renunginya.Kepada semua mahasiswa/i IPT, gunakan semaksimum mungkin peluang untuk menyemai semangat patriotik dalam diri.Kitalah pewaris kepimpinan negara.



MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday, January 18, 2010

Patriotik Antara Elemen Transformasi Dalam Kurikulum Pendidikan Tahun 2011

Buat pengetahuan semua mahasiswa terutamanya bakal-bakal pendidik, pada tahun 2011 satu transformasi kurikulum akan berlaku bagi corak penekanan pengajaran di sekolah rendah.Perrubahan ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.Ini merupakan langkah bijak kerajaan dalam menyemai semangat cintakan negara di kalangan generasi baru warga Malaysia.Dengan wujudnya perancangan sebegini, saya melihat tidak mustahi suatu hari nanti paradigma perpaduan negara pasti dapat dipupuk dengan lebih berkesan sekiranya beberapa tindakan susulan diambil.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.KSSR yang dilaksanakan kali ini ada seiring dengan kurikulum yang digunapakai sebelum ini iaitu KBSR.

Justeru, diharap perancangan yang menarik ini dapat dilaksanakan secepat mungkin agar kita dapat melahirkan modal insan yang terbaik terutamanya dalam memupuk dan membina semangat patriotisme dan nasionalisme dalam jiwa masyarakat Malaysia.Oleh itu, marilah kita warga mahasiswa yang intelektual untuk membantu kerajaan dalam usaha menaikkan nama Malaysia sebagai negara yang teguh perpaduannya.

Saya Sayang Malaysia


MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
YANG DIPERTUA
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Sunday, January 17, 2010

Speaker Corner, Satu Medan Baru Mahaiswa

Tahun 2010 mencatatkan sejarah baru dalam kehidupan mahasiswa setelah speaker corner telah dibenarkan setelah diharamkan pada tahun 1971.Kini setelah 3 dekad speaker corner diharamkan, perjuangan mahasiwa terutamanya dalam mengesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi supaya mengubal AUKU telah membuahkan hasil.Antara hasil yang dapat dilihat disini adalah dengan kewujudan Speaker Corner.

Dengan kewujudan Speaker corner ini, semua mahasiswa yang mempunyai perkara yang hendak dikongsi bersama mahasiswa lain akan lebih jelas dan sah untuk dibicarakan.Speaker corner ini merupakan saluran positif untuk setiap mahasiswa berbicara mengenai isu-isu tertentu.Justeru, sekalung ucapan terima kasih dan penghargaan wajar diberikan kepada pihak KPT kerana telah membuka peluang sebegini kepada mahasiswa.

Kesinambungan dari perkara ini, saya mencabar dan mengalakkan mahasiwa yang mempunyai perkara untuk dicetuskan dan seterusnya dibicarakan dengan cara yang sah.Selama ini kita hanya bercakap sesama kita dan paling tidaknya secara perbualan kedai kopi yang saya kira hanyalah kata-kata yang tidak tidak berkesinambungan dari segi pembukaan minda tindakan mahaiswa.UKM telah menjadi perintis bagi Speaker Corner kali ini dan menurut daripada blog Suara UPSI, Pihak UPSI juga akan menwujudkan ruangan Speaker Corner ini dalam masa terdekat ini.

Gelombang Kuning Bukan Idea Yang Menarik

Saya tertarik pada satu penulisan dalam blog UPSIKINI yang mengisahkan bahawa pihak Pro-Mahasiswa UPSI ataupun lebih dikenali sebagai Pro Kebajikan akan melancarkan Gelombang Kuning, dimana mahasiswa yang menyokong mereka digalakkan memakai baju bewarna kuning pada hari khamis.Cadangan ini secara luarannya dilihat satu usaha yang berkesan bagi menarik sokongan mahasiswa kepada mereka.Namun secara intrinsiknya, perkara ini sebenarnya akan melemahkan kekuatan mereka sekiranya tiada sokongan daripada warga mahasiswa pada hari tersebut.

Konklusinya amat mudah untuk dilihat, memang pengunaan warna bagi setiap gerakan Pro mahasiswa merupakan trend yang telah diambil mereka untuk mewujudkan provokasi dan perang saraf pada pihak-pihak tertentu.Tetapi secara analisisnya, ingin saya persoalkan sejauh mana keberkesanan perkara ini.Suka saya mengambil contoh, pemilihan warna ungu bagi gerakan Gabungan Mahasiswa UKM (GM-UKM) merupakan satu tindakan yang amat menarik, tetapi sejauh mana mahasiswa mengambil berat dan menyokong perkara ini.Rata-rata mahasiswa hanya memandang remeh perkara ini.Justeru, dengan wujudnya isu ini, ianya akan lebih jelas menunjukkan kelemahan sesuatu pihak.Saya dapat simpulkan perkara ini Ibarat membuka pekung di dada.

Sebagai salah seorang mahasiswa UPSI, saya menyeru kepada semua mahasiswa supaya berfikir secara rasional dan lebih mendalam dalam semua perkara.Usah mengikut dan mempercayai apa yang diperkatakan tanpa memikirkan kebaikan dan keburukan sesuatu perkara.Mahasiswa merupakan golongan belia intelek dan merupakan aset terpenting negara.Justeru marilah kita bermuhasabah dan berdoa agar kita semua sentiasa diredhai Allah dalam semua perkara yang kita lakukan.Percayalah, setiap masalah pasti ada penyelesaian.Semoga segalanya dipermudahkan.InsyaAllah.


Mohd Zulhusni Bin Zulkipli
Mahasiswa Sains (Biologi)
Fakulti Sains Teknologi
Universiti pendidikan SUltan IDris

Saturday, January 16, 2010

Pihak PTPTN Wajar Beri Penjelasan Pada Mahasiswa UPSI

Isu PTPTN kini menjadi masalah yang kian hangat diperkatakan oleh seluruh mahasiswa UPSI.Rata-rata mahasiwa UPSI merungut disebabkan pinjaman PTPTN masih belum dikreditkan ke akaun mereka meskipun pada minggu ini sudah genap 3 minggu mereka telah memulakan sesi pembelajaran mereka bagi semester baru 2010.Dalam hal ini, semua pihak sepatutnya memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini.

Kita jelas pasti bahawa PTPTN akan dikreditkan ke akuan pelajar dalam 14 hari bekerja selepas permohonan dari universiti dihantar ke ibu pejabat PTPTN.Justeru dalam hal ini siapa yang harus dipersalah..fikir-fikirkan wahai mahasiswa/i yang bijaksana.Namun menuding tangan pada satu pihak sahaja tidak akan membawa keuntungan pada mana-mana pihak meskipun kita mahasiswa hanya mengutuk dan memperkatakan sesama kita.

Isu PTPTN ini mula timbul apabila ura-ura mengatakan bahawa PTPTN akan dikreditkan ke akaun pelajar pada 8,9,10 Januari, tetapi pada tarikh berkenaan masih belum ada wang dimasukkn dalam akaun pelajar.Rentetan daripada tarikh ini wujud pula tarik baru yang menyatakan PTPTN akan dimasukkan dalam akaun pelajar pada 15 & 16 Januari.Berita ini sedikit menyenangkan hati semua mahasiwa yang pastinya tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup.Namun segalanya hanya tinggal penantian dan perkara ini benar-benar meresahkan mahasiwa UPSI.Dan kini wujudnya jangkaan tarikh baru iaitu 20 Januari bagi yang mengisi borang secara manual, manakala bagi yang mengisi secara online pula akan dikreditkan pada 31 Januari.

Apakah semua ini mainan dan jangkaan yang agak keterlaluan.Perkara ini sewajarnya tidak wajar berlaku.Sekiranya benar wujud masalah sistem, mengapakah tidak ada jalan penyelesaian yang lain bagi menbantu mahasiswa-mahasiswa yang kesempitan wang ini!!!!..Sekurang-kurangnya bantulah mahasiswa ini.Dimana pihak yang memperjuangkan hak pelajar ini.Kini hampir semua mahasiswa resah dengan perkara ini terutama dalam memikirkan perbelanjaan harian, rumah sewa, assigment, buku rujukan dan sebagainya.

Ingatlah, tidak semua mahasiswa di sini terdiri daripada orang yang berada..Justeru kepada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pihak yang bertanggungjawab carilah penyelesaian yang terbaik untuk selesaikan masalah ini.

Dan bagi memperbaiki dan menjernihkan nama baik Pihak PTPTN, saya cadangkan agar Pihak PTPTN wajar memberi penjelasan mengapa perkara ini berlaku sebenarnya.Apa yang merisaukan saya adalah bimbangnya isu ini dipergunakan oleh sesetengah pihak untuk mengeruhkan lagi keadaan.Walau apapun PTPTN, terima kasih kerana membantu sumber kewangan kami selama ini.Cuma apa yang sata harap, PTPTN ddan pihak universiti dapat selesaikan perkara ini dalam masa terdekat

MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Monday, January 11, 2010

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan

Perjalanan hidup bagi setiap orang pastinya berbeza, begitu juga nasib setiap individu.Kadang-kadang kita mendapat apa yang kita nak tetapi kadang2 kita tidak dapat mencapai apa yang kita terlalu impikan.Begitulah realiti hidup ini, tiada yang sempurna dan tiada yang mampu mendapat segalanya.Setiap yang hidup pastinya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Tetapi sebenarnya dari kelemahanlah kita membina kekuatan.

Walau apapun yang terjadi dalam hidup ini, kita seharusnya redha dengan segala ujian yang dipertanggungjawabkan kepada kita.Kadang-kadang ujian yang diterima kita terlalu berat, namun ujian inilah yang sebenarnya mematangkan kita.Allah tidak akan menguji hambanyanya dengan bermacam-macam ujian sekiranya hambanya itu tidak mampu menghadapinya.

Bagi saya, kita tidak boleh lari daripada masalah...masalah merupakan kawan kepada manusia tetapi kadangkala sekiranya masalah ini tidak diselesaikan dengan cara yang rasional, ianya mungkin akan memudharatkan diri.Namun sekiranya masalah ini dapat dirungkaikan secara rasional, ianya akan membantu untuk mematangkan lagi individu.

Inilah yang saya hadapi dalam hidup ini, dalam bergelar sebagai seorang pemimpin SRN..rupanya banyak dugaan yang perlu saya hadapi.Bukan hanya dari masalah manusia tetapi dari segi sistem, birokrasi, hasad dengki, masa dan sebagainya.Namun saya harap dapat alami segala ujian ini dengan hati yang tabah.Sesungguhkan perjuangan yang baik harus diteruskan, lupakan kata-kata yang ingin melemahkan semangat kita kerana itulah kekuatan kita yang sebenarnya.Justeru saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian agar sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan bukan hanya ketika menghadapi masalah.

"Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji."

Sunday, January 10, 2010

Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

Baru-baru ini, isu penempatan guru yang cukup untuk membuat semua mahasiswa/i gelisah terutamanya graduan UPSI dan juga warga IPT yang melahirkan graduan pendidikan.Namun, perkara pokok yang jelas dapat dilihat disini adalah situasi yang boleh saya katakan situasi anak kandung dan anak tiri.Mungkin kata-kata yang saya lemparkan kali ini agak kasar, tetapi inilah realiti sebenar yang kita harus hadapi.Persoalannya, dimana usul yang telah dicadangkan dan dipersetujui dulu semasa sidang parlimen tahun 1999.Walaupun perkara ini adalah perkara lama tetapi perkara seperti inilah kita harus perjuangkan terutama dalam situasi sekarang.

Kita sering bercakap mengenai ketelusan dan integriti sesebuah organisasi tetapi kita harus sedar, sekiranya kita sendiri tidak boleh menepati apa yang dipersetujui ianya akan membawa kepada sesuatu yang lebih buruk.Isu penempatan bagi graduan IPTA akan menjadi semakin buruk sekiranya tidak ada tindakan yang rasional dari pihak kerajaan.Jika dilihat, rata-rata mahasiswa di UPSI mula memandang serius mengenai isu begini, lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan masa depan mereka.Sekiranya perkara ini tidak dibendung, mahasiswa jurusan pendidikan pastinya tidak akan berdiam diri dalam menangani isu ini.

Hal ini ada kebenarannya terutama dari segi nama baik IPTA yang melahirkan graduan pendidikan, jurusan pendidikan, kualiti guru dan juga beberapa kepentingan Kementerian Pengajian Tinggi & Kementerian Pelajaran Malaysia.Harapan saya, isu penempatan graduan pendidikan ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini bagi mengelakan isu ini bertambah parah ataupun dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.Bagi mahasiswa/i yang masih dalam pengajian, teruskan perjuangan anda untuk mengenggam segulung ijazah.Sesungguhnya masih ada banyak rezeki di bumi Allah ini.Apa yang penting kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk terus mengapai kecemerlangan.InsyaAllah

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

Sudah sekian lama, blog peribadi ini sepi tanpa sebarang pandangan mahupan update yang terbaru.Namun ianya bukan bermakna kewujudan blog ini hanya sebagai syarat semata.Apa yang saya ingin bincangkan hari ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang baru sahaja berlaku sepanjang kehidupan yang saya lalui.

Baru-baru ini, pada 1-3 Januari 2010, saya mengikuti Kursus Kepimpinan Mahasiswa (Siri 3).Kursus ini merupakan kursus kepimpinan siri terakhir yang perlu saya ikuti bagi melayakkan saya memperoleh sijil bagi 3 siri kursus kepimpinan.Untuk makluman, sebelum ini saya telah mengikuti 2 kursus kepimpinan mahasiswa yang dijalankan semasa cuti semester.Kedua-dua kursus kepimpinan ini telah diadakan di Kolej Aminuddin Baki & BTN Lipis.

Sepanjang mengikuti 3 siri kursus kepimpinan ini, banyak input berguna yang saya perolehi terutama mengenai ilmu-ilmu kepimpinan dan juga mengenal kekuatan/kelemahan diri.Bagi saya semua mahasiswa perlu mengikuti kursus sebegini.Pendedahan mengenai latihan kepimpinan diri ini, merupakan satu intipati dan ramuan yang perlu dikuasai oleh semua mahasiswa.Melalui aktiviti-aktiviti dan latihan sebeni, setiap mahasiswa pasti akan memperoleh dan membina keyakinan diri masing-masing.

Namun, apa yang benar-benar membuat saya terkilan sepanjang ini merupakan prasangka buruk diantara golongan mahasiswa sendiri.Memang tidak dinafikan, kejadian semasa kursus terakhir membuatkan semua peserta-peserta kursus tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.Semuanya disebabkan oleh artikel yang telah disebarkan secara rahsia semasa hari pertama kursus.Kewujudan artikel ini jelas menunjukan satu provokasi yang kurang sopan kerana telah memarakkan lagi kemarahan dan prasangka antara 2 pihak.Kejadian sebegini sewajarnya tidak patut wujud terutamanya di kalangan golongan mahasiswa iaitu golongan intelek negara.Justeru, saya menyeru semua mahasiswa agar kita semua melupakan segala salah faham yang wujud dan marilah kita mencari satu titik pertemuan/perbincangan untuk kita bersama-sama memajukan dan menjenamakan universiti kita di peringkat kebangsaannn dan tidak mustahil di peringkat global.