Sunday, January 10, 2010

Jangan impikan sesuatu tanpa berusaha mencapainya."

Baru-baru ini, isu penempatan guru yang cukup untuk membuat semua mahasiswa/i gelisah terutamanya graduan UPSI dan juga warga IPT yang melahirkan graduan pendidikan.Namun, perkara pokok yang jelas dapat dilihat disini adalah situasi yang boleh saya katakan situasi anak kandung dan anak tiri.Mungkin kata-kata yang saya lemparkan kali ini agak kasar, tetapi inilah realiti sebenar yang kita harus hadapi.Persoalannya, dimana usul yang telah dicadangkan dan dipersetujui dulu semasa sidang parlimen tahun 1999.Walaupun perkara ini adalah perkara lama tetapi perkara seperti inilah kita harus perjuangkan terutama dalam situasi sekarang.

Kita sering bercakap mengenai ketelusan dan integriti sesebuah organisasi tetapi kita harus sedar, sekiranya kita sendiri tidak boleh menepati apa yang dipersetujui ianya akan membawa kepada sesuatu yang lebih buruk.Isu penempatan bagi graduan IPTA akan menjadi semakin buruk sekiranya tidak ada tindakan yang rasional dari pihak kerajaan.Jika dilihat, rata-rata mahasiswa di UPSI mula memandang serius mengenai isu begini, lebih-lebih lagi ianya berkaitan dengan masa depan mereka.Sekiranya perkara ini tidak dibendung, mahasiswa jurusan pendidikan pastinya tidak akan berdiam diri dalam menangani isu ini.

Hal ini ada kebenarannya terutama dari segi nama baik IPTA yang melahirkan graduan pendidikan, jurusan pendidikan, kualiti guru dan juga beberapa kepentingan Kementerian Pengajian Tinggi & Kementerian Pelajaran Malaysia.Harapan saya, isu penempatan graduan pendidikan ini dapat diselesaikan dalam masa terdekat ini bagi mengelakan isu ini bertambah parah ataupun dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.Bagi mahasiswa/i yang masih dalam pengajian, teruskan perjuangan anda untuk mengenggam segulung ijazah.Sesungguhnya masih ada banyak rezeki di bumi Allah ini.Apa yang penting kita sentiasa berdoa dan berusaha untuk terus mengapai kecemerlangan.InsyaAllah

1 comments:

hans said...

yups
masalah nih sebenarnya dari dlu lagi
ntah lah macam mana nak selesai