Wednesday, January 27, 2010

Manifesto Calon Kurang Matang

Sepanjang 4 hari kempen bagi pilihanraya kampus berlangsung, saya hanya memerhati semua pergerakkan setiap-setiap pergerakkan calon.Tidak kira dengan permanfaatan Speaker corner dan juga ketika rapat umum.Saya tertarik melihat kedua-dua kelompok yang lebih dikenali sebagi pimpinan bitara dan juga mahasiswa pendidik.Kedua-dua kelompok ini jelas menunjukkan keseriusan mereka untuk mendapatkan kemenangan dalam PRK kali ini.

Saya melihat keadaan ini kian meruncing terutamnya dengan kewujudan penyokong-penyokong bagi kedua-dua pihak yang banyak melakukan provokasi sesama sendiri.Isu ini saya sengaja ketengahkan bagi menyedarkan semua mahasiswa agar berfikir dan menilai terlebih dahulu dengan apa yang diucapkan dan diperjuangkan oleh calon-calon PRK.

Dalam situasi ini, saya yakin dan pasti mengatakan bahawa beberapa manifesto yang diperjuangkan oleh calon-calon adalah tidak releven dan kurang jelas sebenarnya.Saya terkejut kali ini banyak diantara isu-isu yang diperjuangkan adalah isu lapuk dan kurang matang.Mungkin pada masa akan datang, calon yang hendak memperjuangkan sesuatu isu haruslah lebih memahami dengan apa yang diperjuangkan.

4 comments:

ايففي هاريدث بن روزهن said...

tu la nape abg zul tak nk bertending???klu abg zul bertanding kompem gempak

pro kebajikan said...

2 la zul...ada pluang btanding tp tolak..padahal suara mcm ko la org nak..diam tp strategi ko power tp dh tlambat dh...sayang ko lepaskn peluang ni..tp untuk bg kami..haha...pro kebajikan is the best

ZULHUSNI said...

sahabat2 sperjuangan sekalian, walaupun ak x btapak dalam usaha nak jd MPP tapi ak tetap pendirian ak..ak akan gunakan segala kelebihan yang ada untuk menaikkan nama mahasiswa.Mahasiswa adalah gologan belia intelek tertinggi negara..Kita adalah aset negara yang bernilai..Selagi ak masih hidup atas muka bumi ini, ak x kan lupa perjuangan ak untuk bangsa dan negara Malaysia yang ak cintai

fq said...

wow....
perjuangan yang hebat...
ak stuju dengn pendapat zul...