Monday, January 18, 2010

Patriotik Antara Elemen Transformasi Dalam Kurikulum Pendidikan Tahun 2011

Buat pengetahuan semua mahasiswa terutamanya bakal-bakal pendidik, pada tahun 2011 satu transformasi kurikulum akan berlaku bagi corak penekanan pengajaran di sekolah rendah.Perrubahan ini dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif.

Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik.Ini merupakan langkah bijak kerajaan dalam menyemai semangat cintakan negara di kalangan generasi baru warga Malaysia.Dengan wujudnya perancangan sebegini, saya melihat tidak mustahi suatu hari nanti paradigma perpaduan negara pasti dapat dipupuk dengan lebih berkesan sekiranya beberapa tindakan susulan diambil.

KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka.Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur.KSSR yang dilaksanakan kali ini ada seiring dengan kurikulum yang digunapakai sebelum ini iaitu KBSR.

Justeru, diharap perancangan yang menarik ini dapat dilaksanakan secepat mungkin agar kita dapat melahirkan modal insan yang terbaik terutamanya dalam memupuk dan membina semangat patriotisme dan nasionalisme dalam jiwa masyarakat Malaysia.Oleh itu, marilah kita warga mahasiswa yang intelektual untuk membantu kerajaan dalam usaha menaikkan nama Malaysia sebagai negara yang teguh perpaduannya.

Saya Sayang Malaysia


MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
YANG DIPERTUA
SEKRETARIAT RUKUN NEGARA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

4 comments:

EH said...

satu perkara yang sering menjadi fenomena dan tidak pernah berubah di negara Malaysia ialah perubahan dasar dan berbezaan dasar bagi setiap pemimpin yg memegang satu2 portfolio...perkara ini melihatkan semacam tidak ada keserasian antara ideologi pemimpin ataupun untuk memperlihatkan perbezaan ideologi setiap pemimpin.perkara ini akan memberikan impak yg besar bagi individu yg terlibat dalam dasar yang dicipta. renung2kan kembali...sbgai contoh pendidikan holistik oleh tan sri muhyidin...menurut fpk pendidikan holistik telah bermula pada era sebelumnya...iaitu pendidikan menyeluruh dan sepanjang hayat merangkumi unsur JERI...cume yg berbezanya ialah kulit luaran...isi tetap sama...

Mahasiswi Prihatin said...

Transformasi yang dilakukan kali ini selaras dengan kehendak 1 Malaysia, dimana ianya akan lebih menekankan kepada semangat patriotosme dan juga nasionalisme.Perkara ini selaras dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya..dalam perkara ini juga, saya rase ianya bukan ideologi yang berlainan tp penambaikan sebenarnya.Justeru mengatakan ianya hanya retorik merupakan satu perkataan yang kasar..Thanks kat admin blog coz kuarkan isu ni..warga mahasiswa sepatutnya membicarakan isu-isu sebegini dan bukannya hanya berpolitik semata2..responsif terhadap persekitaran!

Anonymous said...

senang je..x yah ambik tahu..lgpn x masuk skolah lg kan

Anonymous said...

apa perbezaannya dgn KBSR. hrp dpt penjelasan drpd saudara
-pljr thn4 pend fz ukm-