Sunday, January 10, 2010

“Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.”

Sudah sekian lama, blog peribadi ini sepi tanpa sebarang pandangan mahupan update yang terbaru.Namun ianya bukan bermakna kewujudan blog ini hanya sebagai syarat semata.Apa yang saya ingin bincangkan hari ini adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman yang baru sahaja berlaku sepanjang kehidupan yang saya lalui.

Baru-baru ini, pada 1-3 Januari 2010, saya mengikuti Kursus Kepimpinan Mahasiswa (Siri 3).Kursus ini merupakan kursus kepimpinan siri terakhir yang perlu saya ikuti bagi melayakkan saya memperoleh sijil bagi 3 siri kursus kepimpinan.Untuk makluman, sebelum ini saya telah mengikuti 2 kursus kepimpinan mahasiswa yang dijalankan semasa cuti semester.Kedua-dua kursus kepimpinan ini telah diadakan di Kolej Aminuddin Baki & BTN Lipis.

Sepanjang mengikuti 3 siri kursus kepimpinan ini, banyak input berguna yang saya perolehi terutama mengenai ilmu-ilmu kepimpinan dan juga mengenal kekuatan/kelemahan diri.Bagi saya semua mahasiswa perlu mengikuti kursus sebegini.Pendedahan mengenai latihan kepimpinan diri ini, merupakan satu intipati dan ramuan yang perlu dikuasai oleh semua mahasiswa.Melalui aktiviti-aktiviti dan latihan sebeni, setiap mahasiswa pasti akan memperoleh dan membina keyakinan diri masing-masing.

Namun, apa yang benar-benar membuat saya terkilan sepanjang ini merupakan prasangka buruk diantara golongan mahasiswa sendiri.Memang tidak dinafikan, kejadian semasa kursus terakhir membuatkan semua peserta-peserta kursus tertanya-tanya apakah sebenarnya yang telah berlaku.Semuanya disebabkan oleh artikel yang telah disebarkan secara rahsia semasa hari pertama kursus.Kewujudan artikel ini jelas menunjukan satu provokasi yang kurang sopan kerana telah memarakkan lagi kemarahan dan prasangka antara 2 pihak.Kejadian sebegini sewajarnya tidak patut wujud terutamanya di kalangan golongan mahasiswa iaitu golongan intelek negara.Justeru, saya menyeru semua mahasiswa agar kita semua melupakan segala salah faham yang wujud dan marilah kita mencari satu titik pertemuan/perbincangan untuk kita bersama-sama memajukan dan menjenamakan universiti kita di peringkat kebangsaannn dan tidak mustahil di peringkat global.

0 comments: