Tuesday, March 9, 2010

Gunung Tahan Dalam Kenangan 2

Hari ini merupakan hari pertama perjalanan kami untuk menawan puncak gunung tahan.Para peserta diminta berkumpul pada jam6.30 pagi dan seterusya menaiki bas pada pukul 7 pagi bertempat di pondok pegawai keselamatan Kolej Aminuddin Baki.Perjalanan yang kian bermula ini jelas menunjukan riak muka yang sangat teruja bagi setiap peserta.Harapan semakin dijejak, matlamat kian digemgam dan pencapaian dalam penantian.Mungkin itulah situasi yang sesuai digambarkan dalam setiap mimic dan riak muka setiap peserta.Tidak kurang dengan saya, perjalanan yang pertama ini saya jadikan cabaran yang pertama demi menakluk gunung tahan yang menjadi taruhan kami.Perjalanan menuju ke kuala tahan mengambil masa selama 4 jam perjalanan (3 Jam ke Jerantut dan 1 jam Ke Kuala Tahan)dan akhirnya kami tiba di Kuala Tahan pada jam 1 Tengahari.



Setibanya di kuala Tahan, pasukan kami berkumpul di sebuah kedai yang terletak sungai untuk menikmati makanan tengahari.Sejurus daripada itu kami kemudiannya bergerak ke Taman negara mengunakan bot untuk mendengar sedikit taklimat daripada pihak pengurusan Taman Negara.Hampir 2 jam kami di kawasan Pejabat Taman Negara, kami telah menjalani beberapa sesi pemeriksaan antaranya berapa jumlah plastic yang kami bawa, peralatan-peralatan tajam dan juga beberapa perkara yang ditegah dan tidak digalakkan dibawa semasa mendaki gunung tahan.Dalam pertemuan pertama bersama guide kami, menasihatkan kami supaya membawa barang-barang yang betul-betul perlu sahaja berikutan perjalanan ke gunung tahan bukanlah satu perjalanan yang mudah.Memang benar apa yang telah dinyatakan oleh guide tersebut kerana saya sendiri terkejut melihat ada diantara peserta membawa beg untuk pendakian semasa membawa beg balik kampong.Nak atau tidak, itulah yang telah dibawa mereka dan untuk meninggalkan beg tersebut adalah tidak wajar tetapi beberapa langkah bagi membantu beg tersebut telah diambil.
Perjalanan kami bermula seawall jam 4 petang dan dijangka akan tiba di kem Melantai pada jam 9 malam.Memang menarik, dan inilah permulaan perjalanan kami setibanya di Taman Negara.Dalam perjalanan, saya sempat bertanya pada guide, dimana gunung tahan kerana saya tidak Nampak sebarang bukit tinggi ataupun gunung di sekitar kawasan tersebut.Jawabnya ringkas, untuk sampai kegunung tahan kita kena melepasi 9 gunung, 28 bukit dan juga meredahi 8 Sungai.Memang mengerunkan tapi perjalanan telah bermula, tidak bermakna sekiranya berhenti di pertengahan jalan tanpa cuba berusaha mengapainya.Kelihatan semua perserta bersemangat waja untuk menempuh perjalanan yang pertama ini, walaupun ada diantara peserta yang keletihan di pertengahan jalan namun ianya tidak menunjukan sedikit gentar dalam diri mereka.



Malam kian berlabuh, namun kami masih dalam perjalanan.Keindahan hutan yang lihat kali ini memang amat menarik, bunyi ungas-ungas menhiburkan kami para peserta meskipun hutan yang kami tempuhi kali ini penuh dengan berbagai-bagai halangan.Dalam perjalanan ini juga, pertama kalinya saya melihat seekor ular jenis Blue Forest.Ianya menyinari kawasan sekitarnya tapi awas haiwan ini mampu untuk memberikan bias seperti king cobra, begitulah kata daripada seorang guide yang berada di sebelah saya ketika itu.
Akhirnya Pada Jam 9 malam, pasukan kami Berjaya tiba di Kem Melantai.Setibanya disana kami berjumpa dengan pasukan ekspedisi lain yang mempunyai matlamat seperti kami iaitu untuk menawan gunung tahan.Sejurus setelah memasang khemah dan bersolat, kami seterusnya memenuhkan perut kami dengan makanan yang dibawa oleh kami.Malam itu, satu daripada khemah yang kami bawa sebenarnya telah rosak, dan ini menyebabkan saya, wan, zaini dan en zul terpaksa berkorban untuk tidur di luar khemah (Bertilamkan Tanah, Berbumbungkan Langit).Malam itu kami sempat berjaga sampai pukul2 pagi untuk memastikan keselamatan khemah bagi setiap peserta.Sejurus pukul2 pagi kami berempat tidur di bawah sebatang pokok berhampiran khemah-khemah peserta lain.

Mohd Zulhusni Bin Zulkipli
13 Februari 2010

Monday, March 8, 2010

Gunung Tahan Dalam Kenangan 1

Seminggu sebelum bermulanya pendakian ke Gunung Tahan, saya bersama 4 rakan yang lain (Wan, Daus, Hafiz, Mirul ) memulakan latihan stamina bagi membantu kami untuk meningkatkan keupayaan kami demi menakluk gunung tahan yang merupakan gunung yang paling tinggi di semenanjung Malaysia.selama ini, saya hanya mendengar cerita sahaja mengenai gunung ini, namum pada kali ini saya diberikan peluang untuk menakluk gunung ini.

Kesempatan yang ada ini, saya dan rakan-rakan tidak sia-siakan berikutan sebelum ini saya sendiri pernah terlepas peluang untuk mendaki gunung Kinabalu.Peluang yang ada kali ini saya gunakan sepenuhnya untuk memastikan kepergian kami ini membawa satu kejayaan bagi kolej dan paling penting dalam diri saya sendiri.menyedari hakikat ini, persediaan yang kami ambil bukan hanya melibatkan stamina semata-mata tetapi juga ,engambil kira peralatan dan juga beberapa keperluan penting semasa berada disana.


Antara Latihan Yang Dilakukan Oleh Peserta

(Zul, Wan, Zaini, Hafiz. Mat)

Antaranya adalah baju sejuk, sarung tangan, baju hujan, mancis, lampu suluh, stoking, kasut getah dan juga makanan bertenaga jangka panjang.Sperti yang dimaklumkan dalam pertemuan gunung tahan sebelum ini seramai 33 orang peserta akan menyertai ekspedisi untuk mendaki gunung tahan dan majoriti daripada mereka ini terdiri daripada mahasiswa tahun 1 dan tahun 2.Merujuk kembali kepada latihan stamina tadi, pada dasearnya susah untuk kami membuat latihan stamina ini berikutan kekangan tugasan dan juga midterm pada minggu tersebut.

Namun atas kehendak untuk mempertingkatkan dan memeperkukuhkan persediaan kami, kami terpaksa membuat latihan pada waktu malam antara jam 11 hinggalah jam 12.Hari kian berlalu akhirnya tibalah waktu sehari sebelum pendakian, kami mengadakan satu pertemuan dimana kami dibahagikan dalam kumpulan dan makanan bagi setiap kumpulan bagi memudahkan perjalanan semasa disana.Pembahagian kumpulan ini merupakan satu idea yang sangat menarik kerana kita dapat melihat kebijaksanaan ketua-ketua kumpulan untuk membahagikan tugas, makanan dan juga khemah.Maka malam ini bermulalah istirehat kami sebelum kami membawa misi ke Gunung Tahan.

“Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
12 Februari 2010

Jurnal Perjalanan 8 Hari Di Gunung Tahan


Mulai hari ini, saya akan terbitkan edisi demi edisi mengenai suka duka perjalanan saya sepanjang sebelum, semasa dan selepas saya menakluk Gunung Tahan.Saya Merasakan Pengalaman ini saya patut kongsikan untuk tatapan kawan-kawan kerana terlalu banyak yang dipelajari saya semasa disana.Menakluk Gunung Tahan bukan sekadar metlamat semata-mata tetapi ianya merupakan satu anugerah perjalanan yang telah diberikan kepada saya terutamanya menyelami diri saya sendiri disamping mengenal apa itu manusia dan erti sebenar dunia hari ini.

Realiti yang saya akan bawakan kali ini akan saya persembahkan dari semasa ke semasa mengikut kelapangan saya :

a) Edisi 1 (Gunung Tahan) : Latihan & Matlamat
b) Edisi 2 (Gunung Tahan) : Hari Pertama
c) Edisi 3 (Gunung Tahan) : Hari Ke-2
d) Edisi 4 (Gunung Tahan) : Hari Ke-3
e) Edisi 5 (Gunung Tahan) : Hari Ke-4
f) Edisi 6 (Gunung Tahan) : Hari Ke-5
g) Edisi 7 (Gunung Tahan) : Hari Ke-6
h) Edisi 8 (Gunung Tahan) : Hari Ke-7
g) Edisi 8 (Gunung Tahan) : Hari Ke-8

Sunday, March 7, 2010

UNTUK RUJUKAN TEAM EXPLORASI GUNUNG TAHAN (JURNAL PERJALANAN)


Perjalanan selama 8 Hari untuk mendaki gunung tahan :

Profil Maklumat
a) 9 Gunung
b) 28 Bukit
c) 8 Sungai
d)15 Tangga


1) Kuala Tahan
2) Kem Melantai
3) Kem Tengah
4) Gunung Rajah
5) Kem Putih
6) Kem Teku
7) Gunung Pondok 2
8) Gunung Pangkin
9) Kem Pangkin Bawah
10) Gunung Resket
11) Kem Gedung
12) Gunung Gedung
13) Kem Padang
14) Gunung Tahan

Seribu Memori Digapai, Stamina & MenTal Jadi Taruhan


EXPEDISI GUNUNG TAHAN 2010
13/02/2010
Antara Mental & Stamina


video

Saturday, March 6, 2010

Episod 3 : Kajian Ekologi Di Sekitar Tanjong Malim

Kajian mengenai budaya penanaman pokok bunga di kalangan merupakan tajuk bagi projek ekologi kami pada semester kali ini.Kajian mengenai budaya penanaman pokok bunga ini merupakan salah satu kajian yang amat baik terutamanya dalam mengenalpasti kenapa dan mengapa penduduk di sekitar Tanjong Malim menaman pokok bunga.Selain itu kajian yang dijalankan ini bukan hanya berdiri atas dasar untuk mengenalpasti tapi pada masa yang sama mengambil peluang untuk mengenali dengan lebih rapat penduduk sekitar Tanjong Malim, disamping mengukuhkan ukhwah diantara Mahasiswa Ibu Kandung Suluh Budiman bersama masyarakat setempat.

Pemilihan sampel kajian bagi projek ekologi kali ini melibatkan beberapa kampung sekitar Tanjong Malim seperti Kampung Berop, Kampung Ketoyong dan Kampung Simpang Empat.Tugasan untuk mengumpul data untuk projek kali ini digalas sepenuhnya oleh ahli kumpulan kami dan pengumpulan data bagi projek ini memakan masa selama 3 hari.Berbagai ragam-ragam penduduk setempat ditemui oleh kami sepanjang mengumpul maklumat mengenai projek ini.Tidak kurang juga dengan telatah penduduk kampong yang rata-rata mengalu-alukan kedatangan pihak kami untuk membuat sedikit perbincangan (interview) mengenai pokok-pokok bunga yang ditanam oleh mereka.Usaha dalam melakukan projek ini jelas member kesan positif terhadap kami mengenai kepentingan untuk mahasiswa menjalinkan hubungan yang baik diantara warga mahasiswa dan penduduk setempat.

Sejak dari hari pertama kami melakukan kajian projek ini, kami sendiri amat bersedia dan tidak sabar untuk melakukan kajian kali ini, tidak cukup dengan penyediaan soalan kami juga membuat sedikit refleksi mengenai projek kami sebelum memulakan kajian kami.Kerjasama yang baik dari semua ahli kumpulan ternyata memberikan impak yang baik dalam usaha kami melakukan kajian kali ini.Kampung yang mula-mula dipilih oleh kami dalam melakukan kajian ini merupakan kampong berop.Rata-rata penduduk di kampung ini adalah orang india, dan pada mulanya kami sedikit segan kerana merasakan mereka mungkin akan bersikap dingi terhadap kami namun tekaan kami meleset, ternyata pihak penduduk kampong berkenaan memberikan kerjasama yang baik terhadap kami untuk menjadi responden dalam kajian kami.
Walaupun berbeza dari segi kaum, ianya bukanlah satu penghalang bagi pihak kami dan juga pihak penduduk berkenaan untuk bersembang dan berkongsi-kongsi maklumat mengenai penanaman pokok bunga.Destinasi seterusnya yang menjadi pilihan kami adalah kampong ketoyong.Selama ini kami hanya mendengar cerita mengenai kampung ini melalui rakan-rakan sahaja tetapi hari ini kami berpeluang untuk bersama-sama penduduk di sana untuk menyempurnakan kajian kami.Seperti yang berlaku di kampong berop, penduduk di sini menyambut kehadiran kami dengan reaksi yang positif.Mereka semua memberikan kerjasama yang baik, meskipun baru kali pertama kita berjumpa.

Penanaman pokok bunga di sekitar halaman rumah cukup menarim hati kami.Berbagai-bagai jenis pokok bunga diperkenalkan kepada kami khususnya pokok-pokok bunga yang menjadi hiasan yang menarik di rumah-rumah mereka.Maklumat mengenai pokok bunga yang diberikan oleh mereka tidak tertumpu kepada pokok bunga semata-mata tetapi mereka juga turut memberikan tip-tip penanaman pokok bunga, baja, kegunaan dan juga perasaan mereka.Ada diantara penduduk kampong ini menjadikan amalan penanaman pokok bunga di rumah-rumah mereka sebagai salah satu senaman yang baik untuk mereka.Kehadiran kami ke kampong ketoyong juga merupakan satu langkah terbaik untuk mengukuhkan hubungan kami dengan penduduk kampong.Semasa kami berada di Kampong Ketoyong kami telah dijamu dengan makanan berikutan terdapat majlis kahwin di kampong berkenaan.

Dikesempatan itu juga kami turut mengambil peluang untuk mengadakan sedikit temuduga (interview) dengan responden daripada keluarga pengantin.Pengalaman ini merupakan pengalaman yang julung-julung kami kecapi disamping mengenali dengan lebih dekat warga komuniti sekitar Tanjong Malim.Destinasi kampung seterusnya yang menjadi pilihan kami adalah warga penduduk kampong simpang empat.Ketibaan kami ke kampong simpang empat memperlihatkan kami tentang kecantikan rumah-rumah yang dihiasi dengan pokok-pokok bunga hiasan.Keadaan persekitaran rumah-rumah yang terdapat di sekitar kampong ini tidak lekang dengan pelbagai jenis pokok bunga.Namun apa yang menariknya di kampong ini adalah populasi umur penduduk yang menanam pokok bunga.Ternyata bukan hanya golongan tua saja yang menanam pokok bunga tetapi golongan muda juga turut berminat untuk menanam pokok bunga tidak kira lelaki atau perempuan.

Ini jelas menunjukan bahawa, factor umur dan gender bukanlah penghalang bagi merealisasikan minat menanam pokok bunga.Namun apa yang menarik perhatian kami di kampong ini adalah pengetahuan dan minat mereka trhadap pokok bunga.Ternyata perjalanan kami ke kampong ini cukup mencabar berikutan cuaca yang tidak menentu, tetapi kerjasama yang diberikan penduduk kampong menguatkan semangat kami untuk melakukan kajian ini.Kajian yang kami lakukan kali ini memberikan impak yang positif terhadap diri kami terutamanya dalam melatih diri untuk menyesuaikan diri bersama komuniti setempat.Kami merasakan projek sebegini wajar menjadi satu projek wajib bagi semua mahasiswa untuk menyediakan platform kepada mereka untuk mendekati masyarakat setempat.

Berbagai jenis kajian boleh dilakukan terhadap masyarakat setempat yang selama ini kita hanya mendengar , cerita tetapi tidak berusaha mendekati mereka.Berbalik kepada kajian kami, kajian mengenai penanaman pokok bunga di sekitar Tanjong malim memberikan beberapa maklumat penting kepada kami yang kami rasa wajar untuk kami kongsi bersama seluruh mahasiswa upsi dan juga komuniti setempat, budaya penanaman pokok bunga bukan hanya sekadar minat, hobi ataupun senaman tapi sebenarnya ianya lebih dari itu.Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk merealisasikan projek ini, semoga segala input berguna yang kami dapat dapat dalam projek kali ini dapat dikongsi terhadap semua mahasiswa dan penduduk setempat.

Thursday, March 4, 2010

Episod 2 : Kajian Ekologi Di Gunung Lang



Kesinambungan daripada projek ekologi di Sungkai, Kami pelajar kelas ekologi meneruskan destinasi Kajian kami ke Gunung Lang.Gunung Lang merupakan salah satu tempat reakreasi di Ipoh, Perak.Pada kajian ekologi kali ini, kumpulan kami mendapat mandat untuk membuat kajian mengenai populasi burung di sekitar kawasan Gunung Lang dan juga untuk memerangkap haiwan mamalia sekitar gunung.Sebenarnya pada kajian kali ini ianya meliputi banyak aspek kajian seperti kajian mengenai tumbuhan untuk pembuatan herbarium, serangga, rama-rama dan banyak lagi.



Namun, bagi fokus kajian kumpulan kami adalah mengenai populasi burung dan haiwan mamalia.Untuk merealisasikan kajian kami pada kali ini, kami dibekalkan bersama-sama kami 6 Jaring burung untuk memerangkap burung dan juga 15 perangkap untuk mendapatkan haiwan mamalia sekitar gunung.Kami diberi masa selama 2 hari untuk menyempurnakan tugas kami semasa di Gunung Lang, memang satu tugas yang agak sukar berikutan kekangan masa namun ini adalah cabaran untuk kami selain sebagai suntikan semangat dan usaha untuk mendapatkan hasil kajian yang terbaik pada kali ini.Bermula dari hari pertama kami berada di Gunung Lang, sepanjang hari kumpulan kajian kami menumpukan pada hasil yang akan kami perolehi8.Penantian pada hari pertama kami amat mengembirakan berikutan jaring yang kami pasang berjaya memerangkap seekor burung Raja Udang.Namun, oleh kerana cuaca yang kurang baik kami terpaksa meletakkan burung tadi di dalam sangkar sebelum kami meneliti dan memeriksa sepenuhnya struktur morfologi haiwan ini.



Bagi pemasangan perangkap untuk hari pertama, hasilnya cukup menghampakan kumpulan kami.Namun, perkara ini tidak membantutkan kami supaya masih menanti hasil tangkapan mamalia kecil sekitar gunung ini.Pada malam hari, keadaan sejuk selepas hujan dimerihakan lagi oleh persembahan bakat daripada setiap kumpulan yang membuat kajian dan juga sedikit BBQ.Pada keesokan harinya pula, kajian kami diteruskan pada awal pagi bagi memastikan burung dan mamalia yang terperangkap tidak terperangkpt terlalu lama bagi mengelakan sebarang kecederaan atau kematian pada haiwan.Pada awal pagi, nampaknya perangkap yang kami pasang berjaya memerangkap seekor tikus tanah.Alhamdulilah, pada kali ini nasib kami amat bertuah kerana kami merupakan satu-satunya kumpulan yang berjaya memerangkap haiwan mamalia kecil.



Justeru daripada itu, kami membuat perbandingan antara tikus yang kami tangkap dengan buku haiwan mamalia.Dikesempatan itu juga kami turut mempelajari tentang cara mengenali struktur morfologi haiwan ini.Selama ini pembelajaran di dewan kuliah memberikan kami teori mengenai haiwan ini, tapi hari ini kami sendiri menilai dan menentukan sendiri struktur morfologi tikus ini di depan mata kami.Segala maklumat yang kami dapat, kami rekodkan termasuk juga dengan struktur morfologi burung raja udang.Walau apa-apa pun, kajian kali ini cukup bermakna bagi kami kerana ianya mendedahkan kami dengan persekitaran luar terutamanya habitat-habitat bagi burung.


Wednesday, March 3, 2010

Episod 1 : Kajian Ekologi di Sungkai


Sudah lama terdetik dalam hati saya untuk menerbitkan beberapa siri penerbitan mengenai pengalaman saya dalam beberapa siri kajian Ekologi pada semester ini.Buat kali pertamanya dalam sejarah, kami pelajar biologi yang mengambil subjek ekologi wajib mengikuti kajian ekologi bagi mendedahkan diri kami dengan persekitaran yang sebenar.Idea untuk membuat fieldwork ini merupakan hasil kebijaksanaan Pensyarah kami (Dr.Husni) yang menyedari bahawa pentingnya kajian luar untuk semua pelajar biologi terutamanya untuk subjek ekologi.



TEAM ECOLOGY YANG BEST

Pengalaman pertama kajian ekologi kami bermula di Hutan Rezab Hidupan Liar Sungkai.Semasa berada di dalam hutan rezab ini, kami telah didedahkan dengan berbagai maklumat-maklumat berguna yang saya kira tidak terdapat di bilik kuliah mahupun pembacaan sendiri.Pengalaman untuk melihat dan merasa sendiri apa itu yang dinamakan hutan tebal, seladang, rusa, tumbuhan-tumbuhan herba merupakan pengalaman paling berguna khususnya untuk kami mahasiswa biologi.



Secara intrinsiknya kajian ekologi di Sungkai bukan hanya memberikan kami realiti kami mengenai hutan tapi sebenarnya tanpa kita sedari, hubugan ukhwah yang terbentuk selama ini menjadi lebih rapat.Peluang sebegini merupakan peluang yang telah lama kami nanti-nantikan.Akhirnya semuanya menjadi realiti bila kami disini.Berbalik kepada kajian kami di Sungkai, kami telah diberi tugasan untuk mengenalpasti, meneliti dan mencari maklumat mengenai rusa, seladang, burung dan beberapa hiidupan liar.Disamping itu tugasan utama kami semasa berada di sana adalah untuk mengaplikasikan konsep Tangkap-Tanda-Lepas.Dimana kami semua diberi 5 perangkap untuk mendapatkan hasil daripada hidupan-hidupan hutan.

Perkara yang bernilai dan mencabar yang dipelajari kami semasa disana adalah untuk mengaplikasikan persampelan kuadrat di dalam hutan tebal.Menarik bukan, walau apapun inilah projek ekologi yang banyak membantu kami memahami dengan lebih jelas lagi disamping memperkayakan lagi maklumat yang telah sedia ada.Antara tambahan lain semasa projek ekologi ini berjalan adalah seperti Pengalaman Ke Sungai Milo, Tempat Bekas Pembalakan Dan Ladang Seladang.

Sisipan Tumbuhan Hutan





Cinta Oh Cinta

Cinta, satu perkataan yang mungkin tidak asing lagi bagi golongan remaja hari ini.Namun Pengertian cinta bagi setiap insan pastinya berbeza. Tiada yang akan sama 100% walaupun untuk kembar seiras mahupun adik beradik .Terlalu indahnya perkataan ini. Cinta boleh membuatkan kita gila… Gila dari segi negatif dan gila dari segi postif. Anda tertanya-tanya wujudkah gila positif? Bukankah semua gila itu gila negatif? Gila yang membinasakan?Tapi kenyataannya gila positif itu wujud… Raja yang membina Taj Mahal untuk kekasihnya itu dikategorikan orang gila negatif… gila cinta sehingga sanggup membunuh arkitek dan pekerja yang membina Taj Mahal demi untuk memastikan senibina Taj Mahal tidak ditiru. Di zamannya dia gila negatif kerana sanggup membunuh tetapi kini kerana kegilaannya India mempunyai salah satu keajaiban dunia.

Pada pendapat saya Cinta ada bukan hanya membicarakan mengenai satu sudut sahaja tetapi perlu mengambil kira dari pelbagai aspek Tetapi kita biasanya cenderung membicarakan tentang cinta antara kekasih. Suami isteri pun masih kekasih, berkasih diatas asas yang sah. Adakah cinta yang lain tidak penting? Tidak… bukan begitu tapi ya..cinta antara kekasih adalah cinta di ranking teratas di dunia ini. Remaja, dewasa dan orang berumur malah kanak-kanak semuanya tahu tentang cinta yang satu ini. Definisi cinta ini sebenarnya tidak dapat ditulis dengan kata-kata. Tidak ada definisi yang tepat rasanya untuk menjelaskan apakah itu CINTA. Perasaan yang tersimpan jauh di lubuk sanubari kita itu adalah CINTA yang kita sendiri gagal untuk mendefiniskannya. Tapi kita tahu bila perasaan itu timbul kita merasakan cinta.


Kita ikuti kisah cinta buat renungan Semua
(sila klik pada gambar untuk besarkan gambar)












Tuesday, March 2, 2010

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik

Begitulah perumpamaan yang sewajarnya digambarkan dalam hidup ini, tiada apa yang lebih berharga melainkan daripada nasihat yang baik.Pernyataan ini jelas memperlihatkan kesungguhan atau kepekaan seseorang terhadap diri kita.Kadang hidup ini dipenuhi dengan dugaan yang sangat , menekan diri dan mengakibatkan diri sendiri jatuh tanpa bangun-bangun lagi.Namun, apa yang paling penting diwujudkan dalam diri adalah iman, mental dan semangat yang kuat.Itulah sebenarnya yang dimaksudkan dengan kekuatan diri.

Pada kali ini, bukan perkara ini yang saya ingin timbulkan tetapi adalah semangat bekerja dalam pasukan terutamnya dalam satu-satu organisasi.Hari ini kita melihat berbagai-bagai kepincangan berlaku dalam setiap organisasi tidak kiralah dari pengurusan tertinggi hinggalah kepada pengurusan yang paling rendah.

Namun Begitu tidak dinafikan juga wujud organisasi yang hebat dan mantap dari segi pengurusan hingga memungkinkan mereka untuk berada di lorong kejayaan.Persoalan sebenarnya disini, apa yang menentukan kejayaan sesuatu organisasi.Adakah dari segi kepimpinan ketua, kerajinan anak buah, kepercayaan antara ahli organisasi, kerjasama ahli organisasi ataupun semangat berpasukan.

Segala pokok pangkal,saya tinggalkan segala persoalan untuk dijawab oleh semua.Keputusan yang dicapai, terletak di tangan anda.Fikir-fikirkan, renung-renungkan..

Salam 1 Malaysia