Monday, March 8, 2010

Gunung Tahan Dalam Kenangan 1

Seminggu sebelum bermulanya pendakian ke Gunung Tahan, saya bersama 4 rakan yang lain (Wan, Daus, Hafiz, Mirul ) memulakan latihan stamina bagi membantu kami untuk meningkatkan keupayaan kami demi menakluk gunung tahan yang merupakan gunung yang paling tinggi di semenanjung Malaysia.selama ini, saya hanya mendengar cerita sahaja mengenai gunung ini, namum pada kali ini saya diberikan peluang untuk menakluk gunung ini.

Kesempatan yang ada ini, saya dan rakan-rakan tidak sia-siakan berikutan sebelum ini saya sendiri pernah terlepas peluang untuk mendaki gunung Kinabalu.Peluang yang ada kali ini saya gunakan sepenuhnya untuk memastikan kepergian kami ini membawa satu kejayaan bagi kolej dan paling penting dalam diri saya sendiri.menyedari hakikat ini, persediaan yang kami ambil bukan hanya melibatkan stamina semata-mata tetapi juga ,engambil kira peralatan dan juga beberapa keperluan penting semasa berada disana.


Antara Latihan Yang Dilakukan Oleh Peserta

(Zul, Wan, Zaini, Hafiz. Mat)

Antaranya adalah baju sejuk, sarung tangan, baju hujan, mancis, lampu suluh, stoking, kasut getah dan juga makanan bertenaga jangka panjang.Sperti yang dimaklumkan dalam pertemuan gunung tahan sebelum ini seramai 33 orang peserta akan menyertai ekspedisi untuk mendaki gunung tahan dan majoriti daripada mereka ini terdiri daripada mahasiswa tahun 1 dan tahun 2.Merujuk kembali kepada latihan stamina tadi, pada dasearnya susah untuk kami membuat latihan stamina ini berikutan kekangan tugasan dan juga midterm pada minggu tersebut.

Namun atas kehendak untuk mempertingkatkan dan memeperkukuhkan persediaan kami, kami terpaksa membuat latihan pada waktu malam antara jam 11 hinggalah jam 12.Hari kian berlalu akhirnya tibalah waktu sehari sebelum pendakian, kami mengadakan satu pertemuan dimana kami dibahagikan dalam kumpulan dan makanan bagi setiap kumpulan bagi memudahkan perjalanan semasa disana.Pembahagian kumpulan ini merupakan satu idea yang sangat menarik kerana kita dapat melihat kebijaksanaan ketua-ketua kumpulan untuk membahagikan tugas, makanan dan juga khemah.Maka malam ini bermulalah istirehat kami sebelum kami membawa misi ke Gunung Tahan.

“Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

MOHD ZULHUSNI BIN ZULKIPLI
12 Februari 2010

0 comments: