Tuesday, March 9, 2010

Gunung Tahan Dalam Kenangan 2

Hari ini merupakan hari pertama perjalanan kami untuk menawan puncak gunung tahan.Para peserta diminta berkumpul pada jam6.30 pagi dan seterusya menaiki bas pada pukul 7 pagi bertempat di pondok pegawai keselamatan Kolej Aminuddin Baki.Perjalanan yang kian bermula ini jelas menunjukan riak muka yang sangat teruja bagi setiap peserta.Harapan semakin dijejak, matlamat kian digemgam dan pencapaian dalam penantian.Mungkin itulah situasi yang sesuai digambarkan dalam setiap mimic dan riak muka setiap peserta.Tidak kurang dengan saya, perjalanan yang pertama ini saya jadikan cabaran yang pertama demi menakluk gunung tahan yang menjadi taruhan kami.Perjalanan menuju ke kuala tahan mengambil masa selama 4 jam perjalanan (3 Jam ke Jerantut dan 1 jam Ke Kuala Tahan)dan akhirnya kami tiba di Kuala Tahan pada jam 1 Tengahari.




Setibanya di kuala Tahan, pasukan kami berkumpul di sebuah kedai yang terletak sungai untuk menikmati makanan tengahari.Sejurus daripada itu kami kemudiannya bergerak ke Taman negara mengunakan bot untuk mendengar sedikit taklimat daripada pihak pengurusan Taman Negara.Hampir 2 jam kami di kawasan Pejabat Taman Negara, kami telah menjalani beberapa sesi pemeriksaan antaranya berapa jumlah plastic yang kami bawa, peralatan-peralatan tajam dan juga beberapa perkara yang ditegah dan tidak digalakkan dibawa semasa mendaki gunung tahan.Dalam pertemuan pertama bersama guide kami, menasihatkan kami supaya membawa barang-barang yang betul-betul perlu sahaja berikutan perjalanan ke gunung tahan bukanlah satu perjalanan yang mudah.Memang benar apa yang telah dinyatakan oleh guide tersebut kerana saya sendiri terkejut melihat ada diantara peserta membawa beg untuk pendakian semasa membawa beg balik kampong.Nak atau tidak, itulah yang telah dibawa mereka dan untuk meninggalkan beg tersebut adalah tidak wajar tetapi beberapa langkah bagi membantu beg tersebut telah diambil.
Perjalanan kami bermula seawall jam 4 petang dan dijangka akan tiba di kem Melantai pada jam 9 malam.Memang menarik, dan inilah permulaan perjalanan kami setibanya di Taman Negara.Dalam perjalanan, saya sempat bertanya pada guide, dimana gunung tahan kerana saya tidak Nampak sebarang bukit tinggi ataupun gunung di sekitar kawasan tersebut.Jawabnya ringkas, untuk sampai kegunung tahan kita kena melepasi 9 gunung, 28 bukit dan juga meredahi 8 Sungai.Memang mengerunkan tapi perjalanan telah bermula, tidak bermakna sekiranya berhenti di pertengahan jalan tanpa cuba berusaha mengapainya.Kelihatan semua perserta bersemangat waja untuk menempuh perjalanan yang pertama ini, walaupun ada diantara peserta yang keletihan di pertengahan jalan namun ianya tidak menunjukan sedikit gentar dalam diri mereka.



Malam kian berlabuh, namun kami masih dalam perjalanan.Keindahan hutan yang lihat kali ini memang amat menarik, bunyi ungas-ungas menhiburkan kami para peserta meskipun hutan yang kami tempuhi kali ini penuh dengan berbagai-bagai halangan.Dalam perjalanan ini juga, pertama kalinya saya melihat seekor ular jenis Blue Forest.Ianya menyinari kawasan sekitarnya tapi awas haiwan ini mampu untuk memberikan bias seperti king cobra, begitulah kata daripada seorang guide yang berada di sebelah saya ketika itu.
Akhirnya Pada Jam 9 malam, pasukan kami Berjaya tiba di Kem Melantai.Setibanya disana kami berjumpa dengan pasukan ekspedisi lain yang mempunyai matlamat seperti kami iaitu untuk menawan gunung tahan.Sejurus setelah memasang khemah dan bersolat, kami seterusnya memenuhkan perut kami dengan makanan yang dibawa oleh kami.Malam itu, satu daripada khemah yang kami bawa sebenarnya telah rosak, dan ini menyebabkan saya, wan, zaini dan en zul terpaksa berkorban untuk tidur di luar khemah (Bertilamkan Tanah, Berbumbungkan Langit).Malam itu kami sempat berjaga sampai pukul2 pagi untuk memastikan keselamatan khemah bagi setiap peserta.Sejurus pukul2 pagi kami berempat tidur di bawah sebatang pokok berhampiran khemah-khemah peserta lain.

Mohd Zulhusni Bin Zulkipli
13 Februari 2010

0 comments: