Wednesday, March 3, 2010

Episod 1 : Kajian Ekologi di Sungkai


Sudah lama terdetik dalam hati saya untuk menerbitkan beberapa siri penerbitan mengenai pengalaman saya dalam beberapa siri kajian Ekologi pada semester ini.Buat kali pertamanya dalam sejarah, kami pelajar biologi yang mengambil subjek ekologi wajib mengikuti kajian ekologi bagi mendedahkan diri kami dengan persekitaran yang sebenar.Idea untuk membuat fieldwork ini merupakan hasil kebijaksanaan Pensyarah kami (Dr.Husni) yang menyedari bahawa pentingnya kajian luar untuk semua pelajar biologi terutamanya untuk subjek ekologi.



TEAM ECOLOGY YANG BEST

Pengalaman pertama kajian ekologi kami bermula di Hutan Rezab Hidupan Liar Sungkai.Semasa berada di dalam hutan rezab ini, kami telah didedahkan dengan berbagai maklumat-maklumat berguna yang saya kira tidak terdapat di bilik kuliah mahupun pembacaan sendiri.Pengalaman untuk melihat dan merasa sendiri apa itu yang dinamakan hutan tebal, seladang, rusa, tumbuhan-tumbuhan herba merupakan pengalaman paling berguna khususnya untuk kami mahasiswa biologi.



Secara intrinsiknya kajian ekologi di Sungkai bukan hanya memberikan kami realiti kami mengenai hutan tapi sebenarnya tanpa kita sedari, hubugan ukhwah yang terbentuk selama ini menjadi lebih rapat.Peluang sebegini merupakan peluang yang telah lama kami nanti-nantikan.Akhirnya semuanya menjadi realiti bila kami disini.Berbalik kepada kajian kami di Sungkai, kami telah diberi tugasan untuk mengenalpasti, meneliti dan mencari maklumat mengenai rusa, seladang, burung dan beberapa hiidupan liar.Disamping itu tugasan utama kami semasa berada di sana adalah untuk mengaplikasikan konsep Tangkap-Tanda-Lepas.Dimana kami semua diberi 5 perangkap untuk mendapatkan hasil daripada hidupan-hidupan hutan.

Perkara yang bernilai dan mencabar yang dipelajari kami semasa disana adalah untuk mengaplikasikan persampelan kuadrat di dalam hutan tebal.Menarik bukan, walau apapun inilah projek ekologi yang banyak membantu kami memahami dengan lebih jelas lagi disamping memperkayakan lagi maklumat yang telah sedia ada.Antara tambahan lain semasa projek ekologi ini berjalan adalah seperti Pengalaman Ke Sungai Milo, Tempat Bekas Pembalakan Dan Ladang Seladang.

Sisipan Tumbuhan Hutan





0 comments: