Thursday, March 4, 2010

Episod 2 : Kajian Ekologi Di Gunung Lang



Kesinambungan daripada projek ekologi di Sungkai, Kami pelajar kelas ekologi meneruskan destinasi Kajian kami ke Gunung Lang.Gunung Lang merupakan salah satu tempat reakreasi di Ipoh, Perak.Pada kajian ekologi kali ini, kumpulan kami mendapat mandat untuk membuat kajian mengenai populasi burung di sekitar kawasan Gunung Lang dan juga untuk memerangkap haiwan mamalia sekitar gunung.Sebenarnya pada kajian kali ini ianya meliputi banyak aspek kajian seperti kajian mengenai tumbuhan untuk pembuatan herbarium, serangga, rama-rama dan banyak lagi.



Namun, bagi fokus kajian kumpulan kami adalah mengenai populasi burung dan haiwan mamalia.Untuk merealisasikan kajian kami pada kali ini, kami dibekalkan bersama-sama kami 6 Jaring burung untuk memerangkap burung dan juga 15 perangkap untuk mendapatkan haiwan mamalia sekitar gunung.Kami diberi masa selama 2 hari untuk menyempurnakan tugas kami semasa di Gunung Lang, memang satu tugas yang agak sukar berikutan kekangan masa namun ini adalah cabaran untuk kami selain sebagai suntikan semangat dan usaha untuk mendapatkan hasil kajian yang terbaik pada kali ini.Bermula dari hari pertama kami berada di Gunung Lang, sepanjang hari kumpulan kajian kami menumpukan pada hasil yang akan kami perolehi8.Penantian pada hari pertama kami amat mengembirakan berikutan jaring yang kami pasang berjaya memerangkap seekor burung Raja Udang.Namun, oleh kerana cuaca yang kurang baik kami terpaksa meletakkan burung tadi di dalam sangkar sebelum kami meneliti dan memeriksa sepenuhnya struktur morfologi haiwan ini.



Bagi pemasangan perangkap untuk hari pertama, hasilnya cukup menghampakan kumpulan kami.Namun, perkara ini tidak membantutkan kami supaya masih menanti hasil tangkapan mamalia kecil sekitar gunung ini.Pada malam hari, keadaan sejuk selepas hujan dimerihakan lagi oleh persembahan bakat daripada setiap kumpulan yang membuat kajian dan juga sedikit BBQ.Pada keesokan harinya pula, kajian kami diteruskan pada awal pagi bagi memastikan burung dan mamalia yang terperangkap tidak terperangkpt terlalu lama bagi mengelakan sebarang kecederaan atau kematian pada haiwan.Pada awal pagi, nampaknya perangkap yang kami pasang berjaya memerangkap seekor tikus tanah.Alhamdulilah, pada kali ini nasib kami amat bertuah kerana kami merupakan satu-satunya kumpulan yang berjaya memerangkap haiwan mamalia kecil.



Justeru daripada itu, kami membuat perbandingan antara tikus yang kami tangkap dengan buku haiwan mamalia.Dikesempatan itu juga kami turut mempelajari tentang cara mengenali struktur morfologi haiwan ini.Selama ini pembelajaran di dewan kuliah memberikan kami teori mengenai haiwan ini, tapi hari ini kami sendiri menilai dan menentukan sendiri struktur morfologi tikus ini di depan mata kami.Segala maklumat yang kami dapat, kami rekodkan termasuk juga dengan struktur morfologi burung raja udang.Walau apa-apa pun, kajian kali ini cukup bermakna bagi kami kerana ianya mendedahkan kami dengan persekitaran luar terutamanya habitat-habitat bagi burung.


0 comments: