Thursday, April 29, 2010

Tesis Oh Tesis

Hari ini merupakan hari untuk pembentangan Proposal Penyelidikan bagi melengkapkan Ijazah yang akan bakal kami kecapi.Cabaran hari ini merupakan permulaan bagi menghadapi cabaran seterusnya untuk saya tempuhi untuk menyiapkan tugasan projek penyelidikan.

Projek penyelidikan yang saya pilih bertajauk "Dokumentari Pendidikan Bertemakan Kepentingan Hutan".Mungkin bagi sesetengah orang menganggap projek penyelidikan yang buat ini terlalu common dan sebagainya.Namun dalam hati saya, projek penyelidikan yang buat kali ini bukan hanya untuk tesis ijazah semata-mata tetapi saya mempunyai matlamat tersendiri untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar.Mungkin saya bukan Naturalist untuk bercakap mengenai perkara ini, tetapi saya memang tidak menafikan bahawa, dunia dan keindahan hari ini memang perlu kita pertahankan.
Jangan biarkan generasi akan datang menyumpah kita dengan apa yang kita lakukan sekarang.Sekiranya alam sekita yang kita ada sekarang tidak dijaga dan dipelihara dengan baik, kemungkinan besar pada generasi akan datang tidak dapat mengecapi apa yang kita kecapi hari ini.

Namun disebalik tesis ini, terdapat satu perkara yang ingin saya sedarkan masyarakat terutamanya mengenai sikap dan kesedaran.Bagi saya sesetengah sikap rakyat di Malaysia adalah sangat pelik, tiada kesedaran dan tidak mengambil tahu mengenai perkembangan sekeliling.Malah ramai diantara kita semua masih terawang-awang di dunia sendiri dimana hanya untuk diri sendiri.

Kadang-kadang pepatah melayu yang mengatakan "Jangan Jaga Tepi Kain Orang" sudah tidak boleh digunapakai lagi.Sebagai warganegara yang peka dan responsif dengan masalah ini, kita harus menjadi agen untuk menyedarkan golongan masayarakat.Bagi saya masih belum terlambat untuk semua ini, segalanya mampu untuk diubah.Untuk semua rakan-rakan seperjuangan yang akan bergelar bakal-bakal pendidik, marilah kita bersama-sama menjadi perintis untuk mengubah tradisi dalam masyarakat kita.InsyaAllah

Wednesday, April 28, 2010

Terus Berjuang Ke Titisan Terakhir

Salam Semua, entri yang saya ingin kongsikan bersama-sama pada kali ini adalah mengenai perjuangan kita dalam menempuh kehidupan ini.Dalam kehidupan ini kita mempunyai destinasi tersendiri namun dalam setiap destinasi kita mempunyai dugaan dan rintangan tersendiri.Dan disini wujudnya satu perjuangan yang akan mengajar kita tentang apa itu kehidupan.Coretan hari ini sengaja saya lakarkan untuk tatapan semua untuk kita menilai dan muhasabah diri kita mengenai niat, tujuan kehidupan kita di dunia.

Dalam hidup ini kita mesti mempunyai target ataupun destinasi yang kita hendak capai, manusia yang tanpa impian pasti akan berputus asa suatu hari nanti.Semangat perjuangan yang ada dalam diri tidak akan kekal sekiranya kita tiada matlamat.Perkaitan yang saya ingin simpulkan pada entri kali ini, adalah berkaitan dengan diri saya sendiri.Dalam mengharungi minggu peperiksaan yang berlangsung 3 minggu ini cukup menguji mental, emosi dan semangat saya.Terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuhi dalam niat untuk mengapai kejayaan.

Kadangkala percaturan dugaan sebegini mampu meruntuhkan motivasi dalam diri.Namun segalanya akan dapat ditempuhi sekiranya kita dapat merasionalisasi segala persoalan yang merantai diri kita.Tapi mampukah saya menempuh dugaan ini.InsyaAllah.Semoga perjalanan kita yang seterusnya terus mendapat keredhaan Allah dan kita beroleh hikmah daripada setiap dugaannya.

Monday, April 12, 2010

Dugaan Adalah Satu Anugerah

Sudah sekian lama blog ini tidak dikemaskini berikutan kekangan masa dan tugas sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang insan biasa.Sengaja hari ini saya kemaskini blog ini untuk tatapan peribadi sebagai salah satu wadah untuk saya salurkan segala idea dan buah fikiran yang wajar saya ketengahkan selagi masih berpeluang untuk menyalurkannya.Hari ini merupakan hari pertama bagi minggu ulangkaji pelajar pelajar di UPSI sebelum ke medan peperiksaan pada minggu hadapan.

Sepanjang sebulan blog ini tidak dikemaskini, sebenarnya bermacam-macam perkara berlaku dalam hidup saya.Tidak kira manis atau pahit, namun segalanya saya terima dengan redha dan berharap segala cabaran dan dugaan yang saya hadapi hari ini dapat saya menanganinya dengan lebih baik pada masa akan datang.Saya teringat kata seorang sahabat, Segala dugaan yang kita terima hari ini adalah satu anugerah bagi kita, tidak semua dapat merasai apa yang kita rasa.

Namun sejak daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup saya membuatkan saya lebih berkobar-kobar untuk merealisasikan segala apa yang saya impikan.Namun kadang-kadang, semakin kita cuba jauhkan diri daripada apa yang tertulis dalam diari hidup, kita sebenarnya makin menghampiri apa yang kita cuba jauhkan.Alhamdulilah, syukur kepada Ilahi kerana terus memberikan petunjuk untuk diri ini.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More