Monday, April 12, 2010

Dugaan Adalah Satu Anugerah

Sudah sekian lama blog ini tidak dikemaskini berikutan kekangan masa dan tugas sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang insan biasa.Sengaja hari ini saya kemaskini blog ini untuk tatapan peribadi sebagai salah satu wadah untuk saya salurkan segala idea dan buah fikiran yang wajar saya ketengahkan selagi masih berpeluang untuk menyalurkannya.Hari ini merupakan hari pertama bagi minggu ulangkaji pelajar pelajar di UPSI sebelum ke medan peperiksaan pada minggu hadapan.

Sepanjang sebulan blog ini tidak dikemaskini, sebenarnya bermacam-macam perkara berlaku dalam hidup saya.Tidak kira manis atau pahit, namun segalanya saya terima dengan redha dan berharap segala cabaran dan dugaan yang saya hadapi hari ini dapat saya menanganinya dengan lebih baik pada masa akan datang.Saya teringat kata seorang sahabat, Segala dugaan yang kita terima hari ini adalah satu anugerah bagi kita, tidak semua dapat merasai apa yang kita rasa.

Namun sejak daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup saya membuatkan saya lebih berkobar-kobar untuk merealisasikan segala apa yang saya impikan.Namun kadang-kadang, semakin kita cuba jauhkan diri daripada apa yang tertulis dalam diari hidup, kita sebenarnya makin menghampiri apa yang kita cuba jauhkan.Alhamdulilah, syukur kepada Ilahi kerana terus memberikan petunjuk untuk diri ini.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More