Thursday, May 6, 2010

Suka-Duka Hidup Sebagai Mahasiswa

Semester kali ini merupakan kali keempat saya menghabiskan cuti semester saya di UPSI sepanjang 6 semester berada di sini.Kalau dahulunya, saya berada di UPSI semasa cuti semester kerana amanah yang dipertangungjwabkan sebagai pemimpin kolej kediaman dan juga pada pada masa yang sama bekerja di Pejabat Kolej Aminuddin Baki.

Namun pada semester kali ini saya, menghabiskan masa saya di kampus untuk menyelesaikan beberapa tugasan sebagai seorang Mahasiswa dan juga sebagai Pemimpin Persatuan.Untuk cuti semester kali ini, saya bertekad untuk menyudahkan tesis tahun akhir untuk melengkapkan syarat bergraduat sebelum saya ditempatkan ke sekolah-sekolah untuk menjalani praktikum.

Tesis tahun akhir yang telah diamanahkan kali ini cukup untuk memberi peluang dan pendedahan untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya mampu untuk menyumbang sesuatu untuk pembangunan universiti, kementerian dan juga negara.

Sedar tidak sedar, sekarang ini saya sudah berada di Tanah Bekas-Bekas Pejuang Nasionalisme sudah hampir 3 tahun.Segala ilmu, tanggungjawab dan juga latihan kepimpinan yang telah didedahkan di tanah keramat ini cukup untuk memenuhi dada sebelum berdepan dengan cabaran pendidikan dan msyarakat pada masa akan datang.Semoga darah dan semangat pejuang-pejuang nasionalisme yang pernah berjuang untuk menaikkan nama pendidik, bangsa dan negara terus menyerap ke dalam tubuh dan jiwaku.

Rekod

2007

- Rakan Exco MPP
- Rakan Exco PMS
- Sahabat Mahasiswa Universiti (SMU)

2008

Pemimpin Kolej Kediaman (JMK KAB)
Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa

2009

Exco Perhubungan Awam & Antarabangsa
Persatuan Mahasiswa Sains

Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

2010

Yang Dipertua
Sekretariat Rukun Negara
Universiti Pendidikan Sultan Idris

1 comments:

Emil Fahmi said...

mabruk..! maan najah untuk tugas seterusnya

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More