Saturday, May 1, 2010

Tawaran Ke Sabah & Kertas Kerja Ke KPT

Alhamdulilah, semalam saya dikejutkan dengan panggilan telefon mengenai tawaran untuk mengikuti program inter IPTA selama 10 hari di Sabah.Tawaran ini diberi kepada saya selaku pucuk pimpinan Sekretariat Rukun Negara UPSI.Program yang dijadual berlangsung pada 21-30 Mei ini cukup mengejutkan saya kerana saya menjadi diantara yang terpilih untuk mewakili UPSI.

Berbekalkan pengalaman yang ada saya diarahkan untuk memilih 4 orang lagi wakil dari pucuk pimpinan SRN untuk bersama-sama saya semasa disana.Program yang dirangka disana melibatkan Pertukaran Budaya 1 Malaysia, dimana ianya meliputi aspek khidmat masyarakat, kesenian, kesukanan, kebudayaan dan juga jaringan diplomatik antara SRN IPT.

Turut mengejutkan saya hari ini, 6 kertas kerja anak buah saya kini telah diluluskan dan menunggu untuk proses pelaksanaannya.3 diantara kertas kerja tersebut sudah dipertimbangkan dan dicadangkan oleh pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni untuk dibawa ke mesyuarat kementerian Pengajian Tinggi berdasarkan impak yang dilihat keberkesanannya pada masa akan datang.Saya turut dimaklumkan juga peruntukan kewangan kami pada penggal ini berjaya dihabiskan dengan baik dan mendapat pujian daripada pegawai HEP.

Antara kertas Kerja yang Diluluskan

1.Watikah Perlantikan SRN
2.Kem 1 Malaysia
3.Kursus Pemahaman Rukun Negara (Port Dickson)
4.Kempen Hayati Rukun Negara
5.Prgram Integrasi SRN UPSI & KRN SMK GRIK
6.Malaysia Book Of Record 1 Malaysia
7.Merakyatkan Mahasiswa 1 Malaysia

Tahniah Buat Semua Pengarah Program.Teruskan Perjuangan Anda Semua

2 comments:

ijat_asni said...

hepi~~~~

Amir_pali said...

salam perpaduan.

program di sabah tue kolokium srn ipt seperti yg di port dickson ke?

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More