Thursday, June 17, 2010

Mesyuarat Bersama Ketua Pengarah JPNIN Malaysia


Pada 3 Jun 2010, saya telah mewakili Delegasi SRN untuk menghadiri mesyuarat bersama Dato' Azman Amin selaku Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Malaysia.Pertemuan yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu penghargaan untuk SRN UPSI kerana diberi peluang untuk mengadakan perbincangan bersama Ketua Pengarah dalam membincangkan mengenai isu-isu SRN.Dalam pertemuan selama 2 jam ini telah mencapai banyak kata sepakat dan juga beberapa maklumat penting dipersetujui dalam membangunkan SRN IPT.Pada masa yang sama, Saya turut sempat mengetengahkan beberapa isu semasa terutama dalam membangunkan agenda perpaduan terutama di kalangan remaja dalam konteks mahasiswa.Pertemuan pada kali ini, saya sifatkan telah berjaya mencapai objektif dalam membangunkan SRN IPT dan seterusnya menbantu dalam melaksanakan agenda perpaduan negara.Salam Ibu Kandung Suluh Budiman

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More