Sunday, August 22, 2010

Debat Naib Canselor Kali 7

Menjadi juri Debat naib Canselor UPSI sepanjang 30-31 Julai 2010.

Panorama Kampus : Anime





Botany Explorace Putrajaya 2010

Putrajaya Botany Explorace merupakan Program tahunan yang dianjurkan oleh Taman Botani Putrajaya dalam mendedahkan dan memperkenalkan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat Di Taman Botany.Pada 24 Julai 2010 Jabatan Biologi UPSI diwakili oleh 4 kumpulan yang terdiri daripada 8 orang peserta berentap merebut kejuaraan dalam Pertandingan Explorace kali ini.Explorace kali ini banyak menguji ketahanan mental dan fizikal peserta terutama dalam bidang botani.



Saturday, August 14, 2010

Baktisiswa Fakulti Sains & Teknologi (FST)

Baktisiswa merupakan salah satu program khidmat masyarakat yang sudah tidak asing lagi bagi masahasiswa/i universiti.Program Baktisiswa merupakan satu langkah pendedahan awal kepada seluruh golongan mahasiswa dalam menyediakan mahasiswa yang mempunyai kemahiran sosial dan insaniah yang tinggi dan seterusnya, mampu untuk menjadi masyarakat yang berguna kelak.

Justeru dengan itu pada 17-18 Julai 2010, Persatuan Mahasiswa Sains UPSI telah mengadakan satu Program Khidmat Masyarakat yang dikenali sebagai Baktisiswa FST.Baktisiswa FST ini diadakan di Felda Sungai Tengi, Hulu Selangor selama 3 hari.Program ini berlangsung pada minggu pertama semester ini dan pesertanya terdiri daripada pelajar-pelajar FST yang terpilih.











Cuti-Cuti Malaysia Di Langkawi 2010


Sepanjang 10 hari berada di Langkawi berbagai-bagai tempat menarik telah dilawati saya.Bumi yang pernah menjadi sumpahan 7 keturunan oleh Mahsuri ini sedang dalam era pembangunan dan telah menjadi destinasi pelancongan utama bagi penduduk Malaysia dan pelancong luar negara.Langkawi merupakan salah satu destinasi yang menarik yang sesuai dikunjungi oleh semua rakyat Malaysia.Sepanjang berada di Langkawi, antara tempat yang dikunjungi saya ialah Kereta Kabel Langkawi, Galeria Perdana Tun Dr Mahatihir, Pusat Burung dan Hidupan Liar Langkawi, Pantai Chenang, Dataran Helang dan beberapa destinasi lain.Berikut gambar-gambar yang sempat diambil semasa berada di Langkawi.















































Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More