Saturday, August 14, 2010

Kejayaan Merupakan 1 Perjalanan Dan Bukan 1 Impian


Bismilahirahmanirahhim..Syukur kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya update blog wira pendidik pada hari ini.Sudah sekian lama blog ni sepi tanpa sebarang entri berikutan beberapa kekangan tertentu.blog wira pendidik ini adalah sekadar perkongsian hidup dan pendapat dari saya untuk rakan-rakan.

Hari ini, perkongsian yang ingin saya buat adalah mengenai kejayaan.Dalam hidup ini, rata-rata diantara kita mengejar kejayaan.Namun sedarkah kita bahawa kejayaan itu sebenarnya satu perjalanan tetapi bukanlah satu impian.Kita menyedari bahawa, kita sering menjadikan kejayaan itu sebagai satu impian kita.

Baiklah biarlah saya perincikan satu demi satu mengenai konsep ini.Kejayaan yang sebenarnya adalah kejayaan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.Kesinambungan dari ini kita melihat, sesuatu kejayaan yang besar adalah rentetan daripada kejayaan yang kecil.Impian merupakan matlamat terakhir kita dalam kita mengejar sesuatu dan kejayaan merupakan perhentian dalam kita mengejar impian.

Sekadar Perkongsian

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More