Saturday, August 14, 2010

Rancangan Orientasi Sekolah 2010

Rancangan orientasi sekolah merupakan salah satu latihan ikthisas/latihan perguruan yang menjadi prasyarat bagi Graduan UPSI memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.Rancangan Orientasi sekolah juga merupakan salah satu persediaan bagi graduan-graduan pendidikan untuk merasai sendiri pengalaman di sekolah-sekolah selama 2 minggu.

Justeru dengan itu pada 20 Jun-1 Julai 2010, saya telah menjalani latihan Rancangan Orientasi Sekolah Di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri, Langkawi.Pengalaman menjalani ROS ini dilihat salah satu keperluan yang terbaik dilaksanakan oleh pihak universiti berikutan, ia mendedahkan situasi dan realiti sebenar kehidupan di sekolah.

Dalam pelaksanaan ROS ini juga, guru-guru pelatih telah diberikan tugasan untuk mencari beberapa maklumat mengenai sekolah, kemudahan, latihan pengajaran aktiviti kokurikulum dan juga beberapa refleksi terhadap beberapa aspek di sekolah.

Pengalaman sebegini dilihat sebagai elemen yang perlu diterapkan dari semasa ke semasa untuk melahirkan kualiti guru yang bersifat global dan menpunyai kebolehpasaran kerja yang tinggi.Akhir kata dari saya, marilah kita bersama-sama memartabatkan pendidikan negara.

"Guru Pembina Negara Bangsa"




0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More